Tambang Percuma Hingga 31 Mac, Ini Fakta Anda Perlu Tahu Tentang MRT Putrajaya

mrt putrajaya

Tambang Percuma Hingga 31 Mac, Ini Fakta Anda Perlu Tahu Tentang MRT Putrajaya

Kuala Lumpur merupakan ibu kota yang menempatkan puluhan ibu pejabat agensi kerajaan, syarikat swasta dan seumpamanya daripada pelbagai bidang sehingga kesesakan jalan raya menjadi amat sinonim dengan bandar raya tersebut.

Tidak dinafikan, kawasan sekitar ibu negara itu menyediakan pelbagai tarikan dan kemudahan kepada umum namun ia juga adalah bandar yang sibuk dan sesak susulan banyak kenderaan yang keluar masuk ke sana.

Tidak hanya dengan itu, jumlah kenderaan turut menyumbang kepada kesulitan tersebut khususnya buat golongan pekerja yang bekerja di Kuala Lumpur setiap hari.

Bagi meringankan beban rakyat, kerajaan bertindak untuk membina perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) Laluan Putrajaya sebagai alternatif mengawal kesesakan aliran trafik di jalan raya.

Susulan itu, ramai yang menantikan pembukaan perkhidmatan awam tersebut dan berhasrat untuk beralih kepada MRT dengan harapan ia dapat memudahkan perjalanan untuk pergi ke tempat kerja.

Kredit: BERNAMA

Hari ini, secara rasminya perkhidmatan MRT Putrajaya telah dibuka sepenuhnya pada 3 petang dan rakyat boleh menikmati tambang percuma sehingga 31 Mac ketika menggunakannya.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan berita gembira itu semasa Majlis Pelancaran Pembukaan Laluan MRT Putrajaya di Depot MRT Serdang pada hari ini.

BACA: Tambang Percuma MRT Putrajaya Hingga 31 Mac – Anwar

MRT Laluan Putrajaya

Kredit: BERNAMA

Dengan memiliki jajaran sepanjang 57.7 kilometer (km), MRT Putrajaya terdiri daripada 44.2km trek bertingkat dan 13.5km terowong bawah tanah.

“Ia akan mempunyai 36 stesen beroperasi yang terdiri daripada 27 stesen bertingkat dan sembilan di bawah tanah.

“Laluan ini mempunyai 10 stesen pertukaran dan sambungan di sepanjang jajaran untuk memudahkan penumpang yang perlu bertukar dari Laluan Putrajaya ke laluan rel yang sedia ada dan akan datang,” memetik dari laman web Mymrt.

Bagi mereka yang membawa kenderaan, tidak perlu risau kerana sebanyak 5,870 ruang parkir telah disediakan di 17 stesen.

Bagi yang tidak mengetahui, Laluan Putrajaya adalah laluan kedua Projek MRT Lembah Klang yang dibangunkan.

Difahamkan, selepas bermulanya perkhidmatan penuh pada hari ini, ia akan memberikan perkhidmatan populasi kira-kira dua juta orang dari Kwasa Damansara.

Sebenarnya, kerajaan telah memberi kelulusan untuk melaksanakan Laluan Putrajaya pada 2014.

Kemudian, majlis pecah tanah pada yang diadakan pada 2016 menandakan bermulanya kerja-kerja pembinaan Laluan Putrajaya.

Sebelum ini, operasi Fasa Satu dari Kwasa Damansara ke Kampung Batu telah dilancarkan pada 16 Jun lepas.

Laluan Putrajaya ini dijangka akan mencatat permulaan penumpang harian yang melebihi 104,000 penumpang semasa pembukaan laluan.

“Ini dijangka akan menambah baik lagi kesesakan lalu lintas semasa yang kritikal.

“Serta meningkatkan secara signifikan nisbah yang disasarkan sebanyak 40 peratus penggunaan pengangkutan awam dalam Kuala Lumpur,” tambahnya.

Di bawah ini, merupakan senarai stesen-stesen untuk MRT Laluan Putrajaya.

Kredit: MRT

Sumber: Mymrt

The post Tambang Percuma Hingga 31 Mac, Ini Fakta Anda Perlu Tahu Tentang MRT Putrajaya appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*