Muafakat Nasional akan tubuh perhubungan negeri, kawasan – Annuar

PETALING JAYA – Muafakat Nasional (MN) akan menubuhkan beberapa perhubungan negeri dan kawasan bermula bulan depan.

Pengerusinya, Tan Sri Annuar Musa berkata, langkah tersebut diambil apabila keahlian MN kini mencecah lebih 30,000 orang selepas lebih sebulan dibuka kepada umum.

Beliau berkata, penubuhan perhubungan negeri bermula di Sabah pada 5 Februari depan dan akan disusuli Wilayah Persekutuan, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan beberapa negeri lagi.

“Sukacita saya mengumumkan Pengerusi Perhubungan MN Pahang ialah Nasrudin Hassan Tantawi yang juga Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim).

“Sementara itu, Pengerusi Perhubungan MN Sabah adalah Jasmit Japong, Selangor, Datuk Zuraida Kamarudin dan Sarawak, Datuk Justine Jinggot,” katanya di laman Facebook semalam.

Terdahulu, pada 11 Disember lalu, Annuar memaklumkan pendaftaran untuk menjadi ahli MN dibuka kepada orang ramai.

Menurut beliau, MN diaktifkan sebagai platform untuk menggerakkan agenda perpaduan dan pembinaan negara.

Pertubuhan itu juga diwujudkan untuk meneruskan usaha memupuk nilai-nilai murni ke arah penyatuan yang sejati.

Selain itu katanya, MN berpegang teguh kepada lima matlamat yang telah digariskan antaranya menjunjung keluhuran Perlembagaan Persekutuan yang menjamin pembentukan negara. – KOSMO! ONLINE

The post Muafakat Nasional akan tubuh perhubungan negeri, kawasan – Annuar appeared first on Kosmo Digital.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*