Connect with us

Global

“Mummy, adakah saya akan mati?” – Ibu sayu rintihan anak 5 tahun positif Covid-19

Published

on

SEORANG ibu mendedahkan anak lelakinya berusia lima tahun dijangkiti Covid-19.

Lauren Fulbrook, 30, dari Worcestershire, United Kingdom menjelaskan simptom-simptom yang dialami anaknya, Alfie termasuk suhu melebihi 42 darjah Celsius, halusinasi dan muntah-muntah.

Ibu kepada anak malang itu meluahkannya menerusi satu perkongsian di halaman Facebook.

Malah, dia turut mengingatkan kepada ibu bapa bahawa kanak-kanak kecil boleh dijangkiti Covid-19 dan mengalami beberapa gejala.

Alfie dimasukkan ke hospital kerana virus itu dan Lauren hanya mampu melihat anaknya terbaring tidak bermaya di atas katil.

Lebih memilukan apabila anaknya bertanya: “Mummy, adakah saya akan mati?”. Ibu dua anak itu amat bimbang dengan keadaan anaknya.

“Koronavirus bukan satu jenaka. Janganlah pentingkan diri sendiri hingga memberi risiko kepada orang lain.

“Sebagai ahli keluarga kepada pesakit Covid-19, saya dapat merasai kesannya,” ujarnya dengan nada sebak. – Metro UK

Video Menarik:


Advertisement

Tags

Archives

Trending