Mungkin Anggap Sebagai Hadiah Untuk Tuan, Kucing Curi Pakaian & Makanan Milik Jiran

kucing curi pakaian

Mungkin Anggap Sebagai Hadiah Untuk Tuan, Kucing Curi Pakaian & Makanan Milik Jiran

Seorang wanita terpaksa menebalkan muka apabila ingin memulangkan semula makanan dan pakaian yang dicuri oleh kucing peliharaannya.

Memetik BBC News, Donna Hibbert tersebut terpaksa menguar-uarkan mengenai perkara tersebut di Facebook miliknya. Difahamkan bahawa kucing tersebut sering mencuri barangan milik jiran-jirannya.

Kucing Curi Pakaian

Menurutnya, sejak empat tahun lalu kucing yang dinamakan sebagai Harry itu kerap membawa barangan curi antaranya seluar dalam, sebungkus sosej, dan juga pernah mencuri kasut berjenama.

Malah pada minggu lalu, Harry telah mengambil enam barang daripada jirannya di Darley Abbey, Derby.

Donna percaya bahawa Harry menganggap barangan tersebut sebagai hadiah untuk dirinya.

Gambar: Donna Hibbert

Barang Curi Dijadikan Sebagai ‘Hadiah’ Kepada Tuannya

“Saya rasa kucing suka bawa pulang ‘hadiah’ untuk pemiliknya. Tapi dalam masa yang sama saya lega kerana dia tidak membawa pulang burung atau tikus,” katanya.

Dia juga percaya bahawa nilai barangan yang dicuri oleh Harry selama ini adalah sebanyak  £300 (RM1,672).

“Ada kasut merah, dan ia adalah jenama yang agak mahal, tidak cuma itu Harry juga ada mengambil satu dompet tetapi tiada apa-apa di dalamnya,” katanya.

BACA: “Kucing Saya Pencuri”, Pemilik Terpaksa Buat ‘Amaran’ Kat Jiran, Hati-hati Dengan ‘Si Bulusnya’ Yang Kuat Mencuri

Tambahnya lagi, sebahagian daripada barang-barang yang diambil oleh Harry adalah pakaian yang telah dibasuh dan ada juga barang yang berada di dalam rumah orang lain.

Sementara itu, seekor lagi kucing miliknya, Luna, juga membawa pulang ‘hadiah’ tetapi selalunya ia adalah sampah seperti kotak rokok.

Memuat Naik Barangan Yang Dicuri Kucingnya Di Facebook

Donna merasakan bahawa sesetengah jirannya terutamanya yang tidak berkemampuan risau akan kehilangan barang tersebut.

“Saya benar-benar bimbang tentang mereka, apabila berkongsikan mengenai perkara itu di Facebook, ada jiran yang menghubungi saya dan mengatakan barangan itu milik mereka.

“Minggu ini ada enam item berbeza yang perlu dipulangkan kepada pemiliknya,” katanya.

Gambar: Donna Hibbert

Imbas kembali, seorang wanita juga pernah tular pada 2021 kerana terpaksa membuat papan tanda amaran kepada jiran-jirannya agar berhati-hati dengan kucingnya yang suka mencuri.

“Kucing saya pencuri. Sila ambil semula barang ini jika ia adalah milik anda,” tulisnya di papan tanda itu.

Difahamkan, kucingnya yang bernama Esme itu suka mencuri sarung tangan dan pelitup muka.

Sumber: BBC News 

The post Mungkin Anggap Sebagai Hadiah Untuk Tuan, Kucing Curi Pakaian & Makanan Milik Jiran appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*