Mungkin Ini Punca Peti Ais Tak Sejuk, Guna Skru Driver Tak Sampai Seminit Masalah Selesai

peti ais tak sejuk

Mungkin Ini Punca Peti Ais Tak Sejuk, Guna Skru Driver Tak Sampai Seminit Masalah Selesai

Peti ais merupakan salah satu peralatan elektrik yang penting untuk dimiliki di rumah. Tanpa peti ais, kita akan mengalami kesukaran untuk menyimpan makanan, sama ada bahan mentah atau makanan yang sudah dimasak

Seperti yang kita tahu, suhu rendah dapat memperlahankan kadar pertumbuhan bakteria yang menjadi punca makanan lebih cepat rosak.

Berdasarkan tinjauan di Malaysia, harga sebuah peti ais secara purata kira-kira RM1,200. Harga tersebut boleh dikatakan agak besar bagi kebanyakan seluruh isi rumah.

Maka, peti ais ini bukanlah seperti pakaian yang kerap ditukar sesuka hati dan dibeli ketika keadaan sangat memerlukan.

Selalunya, pemilik peti ais lama akan mengalami dilema, sama ada ingin menukar peti ais kepada model baharu ataupun membaikinya selagi mampu.

Apabila pekakas elektrik tersebut dimakan usia, tahap prestasinya sudah pasti akan berkurangan berbanding ketika masa menggunakannya buat kali pertama.

Akan tetapi, perasaan ‘sayang’ untuk membuangnya mungkin terasa apabila banyak suka duka yang dilalui ketika menggunakannya.

Salah satu masalah yang kerap berlaku pada peti ais adalah tidak dapat mencapai suhu yang sesuai untuk penyimpanan makanan dan menyebabkan makanan yang disimpan menjadi sepat rosak.

Jika peti ais anda sudah lagi tidak sejuk, nanti dulu. Trik ini mampu memberikan peluang kedua kepada peti ais anda untuk berfungsi seperti biasa.

Seakan magik, lelaki TikTok ini selesaikan masalah ‘peti ais tak sejuk’ dalam masa kurang dari seminit

Menurut seorang pengguna TikTok yang terlibat dalam bidang membaiki peti sejuk, Zuhri (@sayazuhri) mengajar satu cara untuk ‘menyejukkan’ kembali peti ais anda dengan hanya menggunakan satu peralatan sahaja.

Dalam videonya yang berdurasi dua minit 42 saat, beliau berkongsi kisahnya apabila diminta untuk membaiki peti ais pelanggan pada waktu malam.

Difahamkan, peti ais klien sudah tidak sejuk dan tidak menghasilkan bunyi seperti biasa. Pada awalnya, Zuhri mengesyaki bahawa masalah itu berpunca dari kerosakan kompenen overload relay. Maka, dia menganggarkan kos pembaikannya kira-kira RM150.

Seusai sampai di rumah kliennya, dia pun melihat keadaan peti ais klien. Rupanya masalah peti ais tersebut dapat diselesaikan dalam masa kurang dari satu minit.

Zuhri berkata, dengan berbekalkan sebatang pemutar skru, pergi ke bahagian belakang peti ais. Lihat pada bahagian bawah peti ais dan cari komponen ‘defrost timer’.

peti ais tidak sejuk
Kredit: TikTok

Gunakan pemutar skru tadi untuk melakukan putaran pada bahagian tersebut.

“Nampak, pusing sahaja terus berfungsi macam biasa,” katanya.

Secara umumnya, kaedah ini dapat mengelakkan orang ramai daripada membuang peti ais, sebelum ‘tiba masanya’.

Untuk medapatkan gambaran lebih jelas, anda boleh menonton video Zuhri di bawah.

@sayazuhri

Urgent case katanya. , peti ais tiba-ii tak sejukk. #learnonzuhri #ticerzuhri #repairpetisejuk #zuhripocoyo #Repairpeti #Servismesinbasuh #kl #keramat #plumbing #aircondmurahkl

♬ original sound – Zuhri Mohd – Zuhri Mohd

Walau bagaimapun, jika peti ais anda masih mengalami masalah serupa, sila hubungi pihak yang berpengalaman untuk tindakan lanjut.

BACA: Kenapa Kucing Suka ‘Membuang’ Di Luar “Litter Box”? Ini Mungkin Alasannya

Sumber: @sayazuhri via TikTok

The post Mungkin Ini Punca Peti Ais Tak Sejuk, Guna Skru Driver Tak Sampai Seminit Masalah Selesai appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*