Mungkin Nak Cepat Sado, Tindakan Lelaki Selamba Makan Ayam Mentah Buat Ramai Kembang Tekak

makan ayam mentah

Mungkin Nak Cepat Sado, Tindakan Lelaki Selamba Makan Ayam Mentah Buat Ramai Kembang Tekak

Tindakan seorang lelaki yang selamba menjamah ayam mentah ketika membeli-belah di Westfield, Adelaide berjaya dirakam kamera CCTV.

Memetik News.com.au, lelaki itu dapat dilihat sedang makan peha ayam mentah ketika menaiki eskalator di Westfield Marion di Oaklands Park, di selatan Adelaide.

Ramai netizen yang geli dengan tindakan lelaki tersebut menyuarakan kebimbangan terhadap kesihatan lelaki itu.

Ianya kerana ayam mentah adalah antara penyebab kepada keracunan makanan.

Sumber protein harus dimasak dengan sempurna

“Makanan mentah seperti unggas mungkin mengandungi bakteria berbahaya termasuk salmonella, listeria, campylobacter dan E.coli yang mampu menyebabkan keracunan makanan,” kata pihak berkuasa makanan NSW yang memberi amaran.

“Pastikan daging dan ayam cincang dimasak dengan sempurna. Masak ayam, daging cincang dan sosej sehingga masak secara keseluruhannya. Pastikan tiada bahagian berwarna merah jambu kelihatan,” tulis NSW lagi.

Video berkenaan tindakan lelaki itu turut mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai. Mereka turut menyatakan kebimbangan mereka terhadap lelaki terbabit.

“Bolehkah seseorang menyemak sama ada lelaki ini masih hidup?” tanya seorang netizen.

Dalam pada itu, ada juga yang mendakwa bahawa lelaki tersebut sengaja berkelakuan sebegitu kerana mempunyai motif yang tersendiri.

“Dia nak cuti seminggu tu,” tulis netizen.

“Ada yang nak cuti sakit lama ni,” tulis seorang lagi.

BACA: Keracunan Ikan Buntal, Lelaki Warga Emas Disahkan Meninggal Dunia

Terdahulu, kejadian keracunan makanan yang membabitkan makanan laut menjadi tajuk utama di Thailand.

Pegawai kesihatan di wilayah tenggara Trat, Thailand mengeluarkan amaran kepada orang ramai selepas dua mangsa maut akibat makan belangkas, lapor The Thaiger.

Menurut laporan itu lagi, lima yang lain turut dimasukkan ke hospital selepas memakan hidupan laut beracun yang membawa maut tersebut.

Difahamkan bahawa, belangkas adalah makanan ruji di rantau itu, tetapi belangkas yang hidup di paya bakau adalah sangat berbahaya dan mempunyai toksik yang tinggi.

Kesemua mangsa dilaporkan telah memakan belangkas paya bakau tersebut sebelum mengalami keracunan makanan.

Bagi mengelakkan kes keracunan yang sama berulang, pegawai kesihatan Trat telah menerbitkan infografik bagi membantu orang ramai membezakan antara dua spesies.

Pegawai kesihatan turut menasihati penduduk supaya berhati-hati untuk mengesan dan membezakan bentuk ekor belangkas tersebut sebelum memakannya.

Peniaga restoran juga turut disyorkan untuk mempelbagaikan pilihan yang lebih selamat daripada memakan belangkas.

Sumber: News.com

The post Mungkin Nak Cepat Sado, Tindakan Lelaki Selamba Makan Ayam Mentah Buat Ramai Kembang Tekak appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*