Semasa
Murid Pra-Sekolah, Tahun 1 & 2 Akan Mula Sesi Persekolahan Pada 1 Mac Ini – Men. Pendidikan

Pada sidang media hari ini, Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Mohd Radzi Jidin mengumumkan bahawa murid tadika tahun satu dan kedua akan bersekolah mulai 1 Mac 2021.
Menurutnya, pelajar bagi tahun 3, 4, 5 dan 6 akan mula sesi persekolahan pada 8 Mac 2021. Dia menambah bahawa sekolah rendah dibuka lebih awal untuk mempersiapkan pelajar dan guru untuk membiasakan diri dengan SOP baru.
“Seperti yang kita tahu, murid-murid ini pada tahun lepas, jumlah hari mereka bersekolah secara bersemuka adalah amat terhad.
“Ini juga akan memberi ruang kepada guru-guru untuk membiasakan anak-anak ini dengan SOP baru di sekolah,” katanya.
Sumber: RTM

