MyFundAction Salur 2.4 Tan Makanan “Sedia Dimakan” Untuk Petugas Barisan Hadapan Malaysia Ke Turkiye

PUCHONG, 9 FEBRUARI 2023 – Berikutan cabaran dan halangan petugas barisan hadapan Malaysia di Turkiye dalam mendapatkan makanan, Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) dengan kerjasama Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) telah menyerahkan 10,000 pek makanan ready-to-eat (sedia dimakan) bernilai RM120,000 sebagai jaminan keselamatan makanan untuk mereka dalam misi bantuan kali ini.

Makanan tersebut terdiri dari nasi dan lauk-lauk masakan Malaysia antaranya rendang daging, kari daging, daging masak hitam dan ayam masak merah. Ke semua lauk daging yang diberikan merupakan hasil projek korban yang dijalankan oleh MyFundAction pada tahun lalu yang dinamakan projek Qurban Care For Ummah (QC4U).

Lauk-lauk tersebut telah dipekkan menggunakan teknologi retort untuk mengekalkan rasa dan ketahanan masakan. Semua pek makanan tersebut telah diserahkan kepada Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) di sini pada Rabu untuk dibawa ke negara yang terjejas akibat gempa.

MyFundAction amat mengalu-alukan sokongan dan kesudian mana-mana syarikat korporat, badan bukan kerajaan (NGO) atau individu perseorangan sekiranya ingin berkolaborasi dan bekerjasama bagi membantu saudara kita yang terlibat dengan gempa di Turkiye dan Syria.

Rakyat Malaysia yang ingin turut serta dalam misi bantuan kepada mangsa gempa di Turkiye dan Syria ini, boleh terus ke butiran berikut;

Maybank
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction)
5505 1097 0367
Rujukan: Earthquake Aid

Sebarang maklumat lanjut boleh terus berhubung dengan Encik Amzar Khalili, Ketua Operasi Earthquake Turkiye MyFundAction di amzar.khalili@myfundaction.org atau di talian +6016-2341090.

The post MyFundAction Salur 2.4 Tan Makanan “Sedia Dimakan” Untuk Petugas Barisan Hadapan Malaysia Ke Turkiye appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*