Nak Beli Rumah Tapi Mahal, Ini Cara Nak Jimatkan ‘Loan’ Rumah

Cara Pendek dan Jimatkan Loan Rumah

Mesti anda banyak meluangkan masa untuk mencari maklumat atau pendapat berkaitan dengan pembelian rumah. Mana tidaknya, beli rumah bukan perkara yang boleh dibuat main-main, harga pun jauh lebih besar daripada barangan atau aset lain.

Jadi, anda perlu mendapatkan ilmu secukupnya sebelum membuat pembelian. Hal ini kerana banyak perkara baharu yang akan diperolehi sekiranya anda menjinakkan diri untuk terlibat dalam dunia jual beli rumah.

Misalnya, pernahkah anda terfikir bahawa tempoh tamat pinjaman atau loan rumah sebenarnya boleh dipendekkan dan diawalkan daripada jangka masa asal yang ditetapkan oleh pihak bank? Jawapannya, memang boleh.

Menurut perkongsian daripada Shahrin Ayen di laman Facebook miliknya baru-baru ini, dia berkongsi cara untuk jimatkan atau pendekkan tempoh loan rumah di bank.

Biasanya, loan bagi rumah akan mencapai sehingga 35 tahun, jadi jika anda tidak mempunyai ilmu tentang loan anda akan tetap membayarnya secara bulanan selama 35 tahun. Tidakkah itu tindakan yang sia-sia jika anda mampu mengubahnya?

Pada tahap pertama, Shahrin mengambil contoh sebuah rumah yang bernilai RM500,000 dengan jangka tahun selama 35 tahun serta kadar interest diletakkan pada 4.5%.

Jadi anda dapat lihat bayaran bulanan akan mencapai sekitar RM2,366.28 namun jika mengikut jadual bayaran bank anda dikehendaki membayar sebanyak RM993,000.

Anda rasa berbaloi untuk rumah berharga RM500,000 tetapi dibayar hampir mencecah RM1 juta?

Cara Pendek dan Jimatkan Loan Rumah
Kredit: Shahrin Ayen | Facebook

 

Seterusnya, menurut jadual pembahagian bayaran bulanan di bank untuk bulan pertama RM2,366.28 akan dibahagi kepada dua bahagian iaitu RM1,875 (interest) dan RM491.28 (baki loan).

Jadi, di sini anda nampak yang loan tu hanya dipotong sedikit sahaja. Persoalannya, macam mana nak cepatkan potongan loan?

Cara Pendek dan Jimatkan Loan Rumah
Kredit: Shahrin Ayen | Facebook

Untuk 12 bulan pertama, anggaplah anda bagi untung kepada pihak bank tetapi, jika anda ada rezeki lebih (bonus) pada hujung tahun anda perlu selesaikan bayaran di bank terlebih dahulu.

Misal kata, jumlah bonus bagi suami dan isteri adalah sekitar RM10k dan jika anda ingin mempercepatkan kadar loan rumah dibayar dengan cepat, anda perlu menggunakan RM10k tersebut untuk membayar principal loan.

Tetapi, pastikan ada nyatakan dengan betul, jangan tersilap. Bayaran untuk principal loan bukannya untuk advance payment.

Jadi jika anda selesai membayar principal RM10k pada bulan ke 12, loan anda akan jatuh dan ‘jump’ ke bulan yang ke-31.

Jadi, di sini anda dapat lihat perbezaan dari segi pembahagian bayaran bulan interest dan principal. Konsep ini boleh digunakan bagi golongan yang ingin mempercepatkan bayaran loan rumah tersebut.

Cara Pendek dan Jimatkan Loan Rumah
Kredit: Shahrin Ayen | Facebook

Begitulah langkah-langkah yang perlu anda gunakan untuk cepatkan bayaran principal dan secara tidak langsung akan habiskan bayaran dengan kadar lebih awal dari tempoh yang ditetapkan.

Misalnya, loan rumah selama 35 tahun (420 bulan) akan dapat diselesaikan dalam masa 15 tahun sahaja. Perkara ini bukanlah sesuatu yang tak mustahil bagi semua orang. Terpulang kepada rezeki masing-masing.

Cara Pendek dan Jimatkan Loan Rumah
Kredit: Shahrin Ayen | Facebook

Dalam masa yang sama, Shahrin Ayen juga mengatakan bayaran ini juga boleh dibuat melalui EPF (akaun 2), tetapi anda perlu bertanya di kaunter KWSP untuk maklumat dan prosedurnya.

Kesimpulannya, terpulang kepada anda untuk mengikuti atau tidak, ini hanya perkongsian yang bagi golongan yang ingin mempercepatkan kadar bayaran loan di bank. Diharapkan perkongsian ini memberi maklumat dan ilmu baharu kepada anda.

 

 

Sumber: Shahrin Ayen | Facebook

The post Nak Beli Rumah Tapi Mahal, Ini Cara Nak Jimatkan ‘Loan’ Rumah appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*