Nak Kurangkan Kepadatan, Jepun Bagi RM 33k Setiap Anak Untuk Keluarga Yang Pindah Keluar Dari Tokyo

1 Juta Yen Per Kanak-Kanak, Jepun Tingkatkan Jumlah Bantuan Kepada Keluarga Yang Berpindah Keluar Dari Tokyo

Kerajaan Jepun dilapor akan menambah insentif untuk keluarga yang berpindah keluar dari kawasan metropolitan Tokyo, kepada 1 juta yen (RM 33596.46) per anak berbanding amaun sebelumnya yang berjumlah 300,000 yen (RM10078.94).

Insentif berkenaan sebelum ini dilaksanakan sebagai salah satu usaha untuk mengurangkan kepadatan populasi di ibu kota negara tersebut.

Peningkatan nilai insentif sebanyak 700,000 yen (RM23517.52) per anak ini akan diberikan bersama sokongan kewangan sebanyak 3 juta yen (RM100789.38) bagi keluarga yang mengambil keputusan untuk berpindah. Insentif baharu ini akan mula berkuatkuasa pada April tahun hadapan.

Menurut Japan Today, insentif ini layak dimohon bagi penduduk yang tinggal di 23 kawasan di Tokyo yang membentuk kawasan metropolitan teras serta bagi mereka yang berulang-alik ke sana dari kawasan sekitar, termasuk dari wilayah Saitama, Chiba dan Kanagawa.

Lokasi penempatan semula mestilah terletak di luar kawasan metropolitan serta sekitarnya dan mempunyai subsidi semasa fiskal 2023. Manakala kawasan pergunungan dalam Tokyo dan kawasan sekitarnya juga boleh menjadi destinasi yang layak untuk mendapat insentif namun tertakluk kepada syarat-syarat tertentu.

Setakat ini, terdapat kira-kira 1,300 majlis pembandaran yang mengambil bahagian dalam program sokongan penempatan semula semasa tahun fiskal terkini.

Di samping itu, pemohon juga perlu menduduki kawasan penempatan yang terlibat selama sekurang-kurangnya lima tahun dan mempunyai pekerjaan dalam masa tersebut. Jika pemohon meninggalkan tempat tersebut kurang dari lima tahun, wang sokongan penempatan perlu dipulangkan semula.

Sokongan kanak-kanak akan diberikan jika kanak-kanak tersebut berusia kurang dari 18 tahun ataupun kanak-kanak yang berusia 18 tahun tetapi masih bersekolah di sekolah tinggi.

Pemberian insentif ini menggambarkan hasrat kerajaan untuk menggalakkan keluarga-keluarga di Jepun berpindah bersama anak-anak yang masih di bangku sekolah.

Berdasarkan perkiraan, jika sepasang suami isteri yang layak menerima sokongan penempatan semula, memiliki dua orang anak yang berusia kurang dari 18 tahun dan memulakan perniagaan di kawasan penempatan baharu mereka, keluarga ini dianggarkan bakal menerima bantuan sebanyak 5 juta yen (RM167,982).

Separuh daripada sokongan yang disediakan oleh majlis pembandaran yang menerima pemindahan akan diberikan oleh pihak kerajaan. Program ini telah bermula pada fiskal 2019 dan 2,381 orang berpindah keluar dari kawasan metropolitan dengan menggunakan sokongan kewangan semasa fiskal 2021.

BACA: “Akhirnya Dapat Tengok Depan Mata..,” Peminat Dari Jepun Nekad “Fly” Ke Malaysia Demi Filem Mechamato

Sumber: Japan Today

The post Nak Kurangkan Kepadatan, Jepun Bagi RM 33k Setiap Anak Untuk Keluarga Yang Pindah Keluar Dari Tokyo appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*