Nak Pergi Thailand Ke Tu? Dah Boleh Guna Maxim

Maxim secara rasminya telah melancarkan operasi di Thailand, ianya beroperasi di Chiang Mai dan diikuti dengan lebih banyak bandar utama iaitu Hat Yai, Khon Kaen, Pattaya, Phuket, Udon Thani dan terus berkembang sehingga hari ini di lebih banyak bandar.

Maxim bermula pada tahun 2022 dengan beberapa perkhidmatan yang ditawarkan untuk pengguna bagi memenuhi keperluan harian, Sasaran pengguna juga diluaskan kepada penduduk tempatan dan pelancong. Lebih menarik lagi, pengguna di Malaysia kini boleh menggunakan perkhidmatan ini di Thailand, hanya aplikasi yang sama dan dapat menggunakan perkhidmatan yang sama di dua buah negara.

Ia membolehkan pengguna untuk menempah e-hailing kenderaan, motosikal dan penghantaran melalui satu aplikasi, sangat memudahkan kerana pelbagai perkhidmatan dengan satu aplikasi Maxim. Perkhidmatan yang disediakan dapat membantu pengguna, dari segi pengangkutan terutama bagi pelancong yang berkunjung ke Thailand, tempahan boleh dibuat terus di aplikasi dan ia akan berhubung dengan pemandu.

Tidak perlu menggunakan orang tengah di luar negara untuk mendapatkan pengangkutan, ini juga dapat mengelak berlaku perkara yang tidak diinginkan seperti penipuan tambang. Bukan itu sahaja, Maxim e-hailing menawarkan harga mampu milik dengan kereta yang selesa, kos perjalanan akan ditetapkan sebaik sahaja tempahan dibuat di aplikasi dan tidak berubah.

Aplikasi Maxim sangat mesra pengguna, ini kerana pengguna masih boleh menggunakan bahasa Inggeris atau Melayu walaupun pesanan dibuat di Thailand, ini sangat memudahkan semua. Pesanan boleh dibuat tanpa perlu risau tentang bahasa.

Di sini merupakan cara-cara untuk pengguna Malaysia yang ingin menggunakan Maxim di Thailand.

  1. Muat turun Maxim di Google Play, App Store, Huawei App Gallery dan Galaxy Store untuk pengguna baru
  2. Tekan menu dan cari di bahagian tetapan
  3. Tukar negara ke Thailand, dan pilih bandar dilawati
  4. Masukan lokasi sekarang dan lokasi yang ingin dituju
  5. Lengkapkan tempahan dengan menekan butang “TEMPAH”

Nikmati percutian bersama Maxim apabila melawat ke Thailand, tidak perlu risau tentang pengangkutan atau bayaran yang tinggi. Kini lebih selesa, murah dan mudah dengan Maxim e-hailing.

The post Nak Pergi Thailand Ke Tu? Dah Boleh Guna Maxim appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*