“Nama Dia Kali,”, Hasil Jual Tanah, Tukang Cuci Beli & Wakafkan Mesin Dialisis RM 80k

Tukang Cuci Beli & Wakafkan Mesin Dialisis RM 80k

“Nama Dia Kali,”, Hasil Jual Tanah, Tukang Cuci Beli & Wakafkan Mesin Dialisis RM 80k

Menurut Hello Doktor, dialisis adalah suatu proses penyingkiran toksin, air dan pelarut berlebihan dari darah manusia dengan menggunakan sejenis mesin khas yang berperanan untuk menggantikan fungsi buah pinggang apabila organ tersebut mengalami kegagalan.

Proses ini akan menapis dan mencuci darah menggunakan mesin khas bagi memastikan cecair dan elektrolit dalam buah pinggang kekal stabil dan biasa dijalankan dalam tempoh tertentu, bergantung pada jenis dialisis yang dijalankan.

Terdapat beberapa jenis dialisis yangdijalankan bagi membuang bahan-bahan yang tidak diperlukan dari badan seperti hemodialysis, peritoneal dialysis dan Continuous renal replacement therapy (CRRT).

Biasanya, golongan yang memerlukan penggunaan mesin ini sering mengunjungi pusat dialisis secara berkala. Ini kerana, kos untuk memiliki mesin dialisis bukanlah murah. Jadi, pesakit-pesakit yang mengalami masalah buah pinggang akan mengunjungi pusat-pusat dialisis untuk mendapatkan rawatan.

Namun, siapa sangka? Seorang insan yang memiliki sifat alturisme yang tinggi dalam dirinya sanggup mengetepikan kemewahan dan memastikan orang ramai mendapat manfaat dari hasil titik peluhnya.

Kisah seorang manusia bernama ‘Kali’

Berdasarkan hantaran seorang pengguna Facebook, Izhar Azimat, dia berkongsi sebuah kisah kebaikan seorang pelanggannya yang dikenali sebagai Kali.

Menurutnya, Kali atau nama penuhnya, Kalipulizan merupakan seorang petugas pembersihan di sebuah pusat dialisis. Dari segi aset, lelaki ini tidak memiliki kereta dan setia menggunakan motosikal untuk ke mana-mana sahaja yang diinginkannya.

Menurut Izhar yang terlibat dalam sektor hartanah, Kali telah bertemu dengannya pada tahun lepas untuk urusan penjualan tanah. Dikesempatan itu, dia tidak melepaskan peluang untuk bertanya kepada Kali berkenaan tujuan tanah tersebut ingin dijual.

Jawapan yang diberi oleh Kali ringkas sahaja, iaitu wang jualan tanah tersebut ingin digunakan sebagai sumber perbelanjaan hariannya. Namun, tanpa disangka-sangka, Kali juga berkongsi niat baiknya yang mahu membeli dua buah mesin dialisis dan mewakafkan alat tersebut di tempat kerjanya.

Semalam, Kali  sekali lagi menghubungi Izhar dan  menghantar beberapa keping foto mesin-mesin dialisis tersebut yang sudahpun dihantar ke lokasi yang ingin diwakafkannya.

Kagum dengan kemurnian hati yang ditunjukkan Kali, Izhar turut memaklumkan bahawa Kali membelanjakan kira-kira RM 80,000 untuk membeli kedua-dua mesin tersebut.

Perkara ini menyebabkan ramai berfikir sejenak atas tindakan Kali yang bersifat lebih manusiawi dan tidak sesekali meletakkan kemewahan sebagai keutamaannya.

Pada akhir hantarannya, Encik Izhar menegaskan pelanggan istimewanya sebagai seorang insan yang luar biasa.

Menjengah di ruangkan komen, netizen-netizen turut terharu dengan budi pekerti yang ditunjukkan Kali dan berterima kasih di atas sumbangannya kepada masyarakat.

BACA: Tak Mampu Bayar Denda RM 32k, Lelaki Abai Kucing Peliharaan Hingga Mati Dipenjara 20 Hari

Sumber: Izhar Azimat via Facebook

 

The post “Nama Dia Kali,”, Hasil Jual Tanah, Tukang Cuci Beli & Wakafkan Mesin Dialisis RM 80k appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*