Nampak Kekasih Atas Riba Lelaki Lain, Pemuda Pilu Tengah Layan “Live” Bola Di Telefon

Dikhianati oleh orang-orang yang kita sayang dan cinta merupakan satu hal yang sangat menyedihkan dan memeritkan. Lebih-lebih lagi jika kita telah berusaha sebaik mungkin berlaku setia dan jujur dengan pasangan.

Begitulah kisah luahan yang dikongsikan oleh seorang pemuda di mana kekasih hatinya curang di depan matanya dalam sebuah rakaman siaran langsung perlawanan bola sepak.

Video yang pada awalnya di kongsikan oleh Persik dan Vidiocom, seterusnya dimuat naik semula oleh pemuda tersebut menerusia laman TikTok miliknya memaparkan susuk seorang wanita yang sedang duduk di atas riba seorang lelaki lain.

Meraih jumlah tontonan lebih 7.6 juta di TikTok, siarang langsung perlawanan bola sepak di antara pasukan Persik Kendiri dan Bhayangkara FC tular gara-gara seorang lelaki mendakwa dia melihat teman wanitanya bersama lelaki lain di stadium tersebut.

Jiwa pemuda ini bagai direntap-rentap apabila melihat teman wanitanya duduk di atas riba lelaki lain sambil bermesra-mesraan. Setelah itu, pemuda ini membuat keputusan memuat naik video tersebut di laman Facebook miliknya dengan ucapan ‘terima kasih’ kepada beberapa halaman Facebook lain yang merakam aksi tersebut.

Difahamkan, teman wanitanya itu meminta izin keluar untuk tujuan menyelesaikan tugasan yang diberikan oleh pihak universiti.

“Terima kasih Persik dan Vidiocom. Disebabkan perlawanan tadi, saya tahu bahawa teman wanita saya pergi menonton perlawanan tersebut bersama lelaki lain yang tidak saya kenali. Bagi alasan ada tugasan dari universiti, mereka berdua tertangkap pada minit ke 70, terima kasih,” tulisnya.

Apa kata netizen
Meneroka bahagian komen, rata-rata netizen turut mengambil kesempatan meluahkan rasa kesal dan ada juga yang mengatakan situasi mereka sama dengan pemuda ini. Berikut beberapa potongan komen yang sempat kami ambil menerusi video tersebut.

“Dicintai wanitai yang cukup dengan seorang lelaki….”

“Kamu tak sendirian bang….”

“Sakit hati langsung….”

BACA: Lelaki belasah teman wanita di pawagam, geram kerana minta berpisah

Sumber: TikTok

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*