NASA Dedah Gambar Permukaan Marikh, Mirip Seakan-Akan Wajah Beruang

NASA Dedah Gambar Permukaan Marikh, Mirip Seakan-Akan Wajah Beruang

Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) baru-baru ini telah berkongsi sekeping gambar unik permukaan planet Marikh yang kelihatan seakan-akan wajah seekor beruang.

Difahamkan, gambar tersebut diambil pada 12 Disember tahun lepas menerusi kamera milik agensi High-Resolution Imaging Science Experiment (HiRISE) yang disambung dengan Reconnaissance Orbiter milik NASA.

“Gambar ini ada mirip rupa beruang. Apa sebenarnya yang ditunjukkan pada gambar ini?” soalan pada ciapan milik akaun Twitter HiRISE.

Walaupun saintis tidak dapat menentukan kejadian sebenar atau punca formasi itu terbentuk, namun penyelidik dari Universiti Arizona yang bertanggungjawab mengoperasikan kamera berkenaan berkata, wajah ‘beruang’ tersebut dipercayai terhasil daripada bentuk kawah-kawah dia atas pemukaan planet tersebut.

Mereka juga turut melabelkan bahagian yang kelihatan seperti hidung beruang sebagai ‘bukit dengan struktur V yang runtuh’ manakala bahagian matanya pula dipercayai kawasan kawah.

Seterusnya, bahagian bulatan yang membentuk ‘kepala beruang’ pula berkemungkinan terbentuk menerusi hasil mendapan lahar atau lumpur di atas kawasan kawah hentaman yang tertimbus.

Dalam pada itu, perdebatan hangat tercetus dalam kalangan warga maya sama ada imej berkenaan menyerupai wajah beruang atau sebaliknya.

Sebahagian daripada warga maya merasakan imej tersebut mirip dengan imej watak fiksyen dalam permainan video terkenal, Angry Bird.

Bagi peminat meme pula, mereka merasakan imej Marikh itu lebih menyerupai wajah anjing baka Shiba Inu, Doge.

Secara umumnya, manusia akan cenderung untuk melihat wajah manusia atau apa-apa bentuk dalam objek-objek yang tidak bernyawa seperti soket elektrik atau bahagian hadapan kereta.

Fenomena ini digelar sebagai facial pareidolia dan ia berlaku disebabkan kecenderungan otak manusia yang sering mencari makna bagi setiap corak dan permukaan yang dilihat menerusi mata.

BACA: Kawah Berbentuk Telinga Ditemui Di Planet Marikh

Sumber: Globalnews.ca

The post NASA Dedah Gambar Permukaan Marikh, Mirip Seakan-Akan Wajah Beruang appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*