Connect with us

Santai

“Nate aye” Cikgu Semangat Nak Mengajar Online. Sekali Ada Bunyi Ayam Berkokok

Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) bagi pelajar dan murid di seluruh negara dilihat bukan sahaja membawa cabaran kepada ibu bapa, malah guru dan pelajar juga terpaksa berdepan dengan pelbagai isu.

Seorang guru yang mengajar di sebuah sekolah di Putrajaya berkata, kehadiran kelas secara dalam talian dalam kalangan murid dari kelas ‘belakang’ dilihat agak rendah.

“Contohnya kehadiran murid kelas hadapan adalah 24 orang dari 27 orang jumlah keseluruhan, tetapi kehadiran kelas belakang dilihat hanya enam dari jumlah keseluruhan iaitu 19 orang. Murid yang pandai akan ‘selamat’ dan yang lemah akan terus ketinggalan.


“Kalau di sekolah, guru boleh panggil murid bersemuka dan berikan motivasi, tapi bila kelas dijalankan secara dalam talian, ia bergantung kepada persediaan murid itu dari segi peranti, pelan data dan motivasi sendiri,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau yang enggan dikenali berkata, cabaran lain kelas dalam talian ialah, sukar untuk memantau disiplin dan tumpuan pelajar, malah ada pelajar yang mengaku membuka dua paparan di komputer riba – satu untuk kelas dalam talian dan satu lagi untuk bermain ‘permainan dalam talian’.

Cikgu Marah Ayam Berkokok

Dalam satu video telah dimuat naik di facebook Cikgu Mohd Fadli Salleh, seorang guru sedang bersiap sedia untuk mengajar anak murid secara atas talian

Dimulakan dengan ucapan selamat pagi dan raut muka yang ceria, memang jelas kelihatan cikgu ini tengah bersemangat untuk mengajar anak murid secara atas talian

Tetapi jelas kedengaran bunyi ayam berkokok waktu pagi agak kuat. Pada mulanya, dia tidak menghiraukan gangguan tersebut. Yang mencuit hati netizen adalah apabila ayam itu berkokok semakin kuat sehingga buat cikgu ni akhirnya menghentikan sesi rakaman. Apa yang melucukan, dia secara spontan mengeluarkan loghat kelate sebelum menamatkan rakaman tersebut. Hehe!

Jom tengok Video:


Sumber : Trending sangat


Continue Reading
Advertisement

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Fanpage

Tags