Nenek 66 tahun nyaris diperkosa oleh duda 44 tahun

Seorang warga emas di Pulau Bali, Indonesia menemui ajal selepas hampir diperkosa seorang duda yang berusia 20 tahun lebih muda daripadanya, lapor laman berita Suara.com.

Mangsa yang hanya dikenali sebagai N, 66 itu hampir dirogol suspek, I Wayan Jambot, 44, yang merupakan jirannya sendiri.

Dalam kejadian pada Jumaat lalu, mangsa dan suaminya dikatakan pergi ke kebun untuk menebas rumput.

Pasangan warga emas itu menebas rumput di dua lokasi terpisah, yang turut disertai oleh suspek.

Ketika hendak mengangkat rumput ke atas kepalanya, mangsa meminta bantuan suspek yang kebetulan berada tidak jauh dari kedudukannya.

Selepas membantu, suspek tidak dapat mengawal nafsunya lantas cuba merogol mangsa.

Mangsa yang cuba melawan akhirnya terjatuh dan tidak sedarkan diri.

Keadaan itu kemudian disedari suaminya yang berlari ke arah mereka sebelum suspek melarikan diri.

Menurut pemimpin tempatan, I Wayan Putra, mangsa yang tidak sedarkan diri dibawa pulang ke rumahnya yang berada tidak jauh dari lokasi kejadian sebelum dihantar ke pusat kesihatan terdekat.

Dia bagaimanapun disahkan meninggal dunia pada pukul 11.20 pagi (waktu tempatan) dengan punca kematian masih belum dikenal pasti.

Mangsa dikatakan memiliki tiga orang anak dan lima cucu.

Sementara itu, Ketua Polis Rendang, Komisioner Polis I Made Punia mengesahkan kejadian itu dan menyatakan telah menahan suspek. – Agensi

BACA: Wanita ditahan kerana lakukan hubungan terlarang dengan anjing, dirakam teman lelakinya

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*