fbpx

Netflix Umum Bakal Tayangkan Dokumentari MH370 8 Mac Ini

dokumentari MH370 Netflix

Netflix Umum Bakal Tayangkan Dokumentari MH370 8 Mac Ini

Netflix pada hari ini telah mengumumkan penayangan siri dokumentari terbaru mereka yang bertajuk MH370: The Plane That Disappeared. 

Siri yang dipercayai diadaptasi daripada kisah sebenar kejadian tragis kehilangan pesawat itu bakal ditayangkan bermula 8 Mac ini di laman penstriman popular Netflix.

Kejadian yang berlaku pada 2014 lalu telah menyebabkan seramai 239 penumpang termasuk kru kapal di dalamnya ghaib tanpa dikesan daripada radar.

Menurut Netflix, dokumentasi itu akan menyelidiki salah satu misteri moden terbesar yang pernah terjadi dan menggemparkan seluruh dunia.

Baca: Terkenal Sebagai Kampung Jungkook & Jimin BTS, Rupanya Ini Yang Buat Ramai Tak Senang Duduk Bila Sebut Busan

“Pada 2014, sebuah pesawat dengan 239 orang didalamnya hilang dari semua radar. Dokumentari ini menyelidiki salah satu misteri moden terbesar: Penerbangan MH370,” tulis di laman Netflix tersebut.

Penayangan pada 8 Mac itu dipilih bersempena dengan ulang tahun ke-9 kehilangan pesawat jenis boeing 777-200 itu.

Berita kehilangan pesawat MH370 Malaysia Airlines pada suatu masa dahulu pernah menggemparkan dunia khusunya rakyat Malaysia.

Memetik Astro Awani yang diambil daripada Bernama, pesawat tersebut kali terakhir dilihat sewaktu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).  Pesawat itu dilaporkan menuju Beijing, China pada 8 Mac 2014 lalu.

Terdahulu, seorang jurutera aeronautik dari Britain, Richard Godfrey memaklumkan bahawa beliau telah membuat perkiraan lokasi terakhir keberadaan MH370.

Dakwa Richard, pesawat itu terhempas kira-kira 2,000km dari Barat Perth di Lautan Hindi.

Mengulas lanjut mengenainya, Ketua Pesuruhjaya Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) Angus Mitchell berkata pihaknya telah mencari “bahagian penting” zon carian yang disyorkan Godfrey.

ATSB meminta Geosains Australia menyemak data yang dipegangnya daripada carian. Data itu diperlukan untuk mengesahkan semula bahawa tiada objek berkaitan yang dikesan di kawasan itu.

Mengulas mengenai perkembangan itu, pakar penerbangan Prof Mohd Harridon Mohamed Suffian berkata pihak Malaysia perlu diberi ruang untuk turut serta bersama-sama pasukan pencarian.

Pencarian bersama dengan pihak Australia perlu dilakukan oleh Malaysia. Agar proses pencarian menjadi telus dan pemantauan dapat dilakukan secara bersama-sama.

“Ini dapat mengelak sangkaan-sangkaan buruk atau persepsi terpesong oleh setengah pihak yang mengatakan pencarian baharu ini hanyalah sekadar pertunjukan atau konspirasi. 

“Konspirasi untuk menagih wang daripada tabung pencarian,” kata Juruterbang Ujian Universiti Kuala Lumpur (UniKL) itu.

Sumber: Netflix, Astro Awani via Bernama

The post Netflix Umum Bakal Tayangkan Dokumentari MH370 8 Mac Ini appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*