Connect with us

Politik

Netizen pertikai Menteri Rina Harun photoshoot di Office KPWKM, pejabat telah jadi studio model meraga pakaian raya

Orang ramai tahu bahawa perubahan mendadak pada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun telah mengundang pelbagai reaksi dari masyarakat hingga menjadi trending di media sosial.

Ramai yang mengakui bahawa mereka terkejut dengan penampilan baru Rina yang dikatakan telah berubah dalam waktu yang sangat singkat. Sebilangan netizen mendakwa bahawa Rina dipercayai telah menjalani prosedur bariatric yang menelan belanja puluhan ribu ringgit.

Namun, ketika ditanya oleh wartawan tentang perubahannya, Rina menjawab bahawa dia hanya melakukan aktiviti berbasikal dan diet dengan tekad untuk menjalani kehidupan yang sihat.


Dan baru-baru ini, ia menjadi viral di media sosial semasa sesi pemotretan Rina yang memperlihatkan baju kurung sebagai hasil lensa Man Kajang yang mula menjadi pertikaian netizen. Tweet yang dimulakan oleh individu ini mula mendapat perhatian dan ramai yang setuju dengan tegurannya.

“Seronok Rina Harun fefeeling model when there are kids starving and dying, women being domestically abused and raped. Tapi takpe, kita ke Man Kajang luuuuuu,” tulis Elliecat.

Bekas Ketua Yayasan Kebajikan, Datin Paduka Che Asmah Ibrahim juga menyatakan kekesalannya dan tidak berkenan tindakan Rina untuk menjadikan pejabat menteri itu sebagai studio fotografi fesyen.

“Macam tak percaya apa yang saya lihat. Bukan terpukau dengan kecantikan YB Menteri, tetapi terkedu bila Pejabat Menteri dijadikan studio pengambaran fesyen dan YB Menteri pula sudah menjadi model.

“Satu ketika dahulu pejabat di tingkat 38 yang indah ini sibuk dengan segala urusan rakyat. YB Menteri terlibat dalam perbincangan pembentukan pelbagai polisi dan undang-undang bagi menjaga nasib wanita Malaysia, keluarga, kanak-kanak dan masyarakat.

“Satu lepas satu mesyuarat dan perbicangan dibuat oleh YB DS Dr Wan Azizah Wan Ismail (Kak Wan). Beratur kami di luar menunggu giliran dipanggil untuk memberi maklumbalas hal ehwal rakyat. Tidak ku sangka pejabat yang sama telah menjadi studio model meraga pakaian raya 2021 mungkin.

“Sebagaimana sabda Nabi Muhammad (SAW): “Jika amanah telah disia-siakan, tunggu saja kehancuran terjadi.” Ada seorang sahabat bertanya: “Bagaimana maksud amanah disia-siakan?” Nabi menjawab: “Jika urusan diserahkan bukan kepada ahlinya, maka tunggulah kehancuran itu.” (HR Al-Bukhari)


Sumber: Elliecat, Datin Paduka Che Asmah Ibrahim


Continue Reading
Advertisement

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Fanpage

Tags