Otai Masih Berbisa, Safee Sali Sumbat Gol Bantu Benam West Ham 4-2

Safee Sali Sumbang Gol BantuFar East United

Bekas penyerang kebangsaan, Safee Sali, 39, yang mengumumkan persaraannya sebelum ternyata masih memiliki sentuhan yang berbisa di depan jaring.

Beliau baru-baru ini berjaya menyumbat satu gol ketika membantu pasukannya, Far East United membenam West Ham 4-2 dalam pertandingan 7 Sebelah Soccer Tournament (TST) World Championships.

Jaringan itu hadir ketika perlawanan kalah hati yang diadakan di WakeMed Soccer Park di Cary North Caroline, Amerika Syarikat pada petang Khamis.

Ledakan gol Safee pada minit ke-36  mengukuhkan kedudukan pasukan dari Filipina itu selepas dua gol pertama dijaringkan oleh Tyler John dan Fellipe Oliveira.

 

Menurut laporan wartawan Astro Arena, Safee merupakan satu-satunya pemain dari Malaysia yang beraksi dalam saingan yang berlangsung dari 1-4 Jun. Lebih mengagumkan, Safee juga turun selaku kapten dalam perlawanan tersebut.

Selain Safee, kelab yang ditaja oleh AIA itu turut diperkuat beberapa pemain ternama lain antaranya  Schrock dan del Rosario.

Dengan kemenangan tersebut, kelab berkenaan berjaya mara ke peringkat suku akhir dan bakal berentap kelab Culture by Mo Ali FC.

Jurulatih Far East United, Matthew Holland dalam satu kenyataan berkata, kemenangan ini merupakan permulaan hebat bagi pasukannya.

Apatah lagi, kejayaan itu dilakar dengan menewaskan West Ham yang dibarisi oleh deretan pemain terbaik dalam kejohanan tersebut.

Katanya lagi, semua pemain Far East United bekerjasama dan berlatih dengan bersungguh. Malah, kelab itu juga mempunyai keharmonian yang baik dan tiada pemain yang cuba menjadi pemain alpha dalam kelab berkenaan.

Menurut laporan Phil Star, kejohanan tersebut menawarkan hadiah wang tunai sebanyak USD 1 juta (RM 4.59 juta) dan pemenang akan membawa pulang semuanya. Manakala baki 31 pasukan lain yang tewas bakal pulang dengan tangan kosong.

Ia dianjurkan buat pertama kali di Amerika Syarikat dan kejohanan bermodelkan Kejohanan Bola Keranjang dengan menampilkan 32 pasukan dari seluruh dunia.

 

BACA: USM Terbaik Asia, Ke-4 Dunia Dalam Ranking Times Higher Education Impact 2023

Sumber: Twitter @avineshW90 / Phil Star

The post Otai Masih Berbisa, Safee Sali Sumbat Gol Bantu Benam West Ham 4-2 appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*