Padah Video ‘Suap’ Arak Pada Bayi Tular, Pasangan Suami Isteri Ditahan

Satu video yang memaparkan pasangan suami isteri memberikan minuman keras kepada bayi mereka telah tersebar meluas di Internet, lapor Daily Star.

Pasangan tersebut dilaporkan telah ditahan di Dover, Kent selepas klip rakaman itu tular di media sosial sehingga mencetuskan pihak polis melakukan penyiasatan segera.

Dalam klip berdurasi 14 saat itu, wanita yang dipercayai sebagai ibu kepada bayi kecil itu telah menuang alkohol ke dalam penutup botol dan jelas kelihatan memberikannya kepada bayi tersebut sambil memegang kepalanya.

Seorang lelaki tidak berbaju dengan memakai seluar pendek dipercayai merupakan bapa kepada kanak-kanak itu dapat dilihat di bahagian belakang latar video tersebut.

Lelaki itu sedang berdiri dan nampaknya seperti tidak menyedari apa yang berlaku semasa wanita itu menuangkan minuman keras di dalam penutup botol dan memasukkannya ke dalam mulut bayi tersebut.

Semasa video itu diambil, kedengaran juga bunyi muzik yang kuat di samping menunjukkan keberadaan bayi yang kelihatan berusia sekitar lapan bulan hingga setahun di mana bayi tersebut duduk di atas lantai bersama ibunya.

Polis turut mengesahkan pegawai telah dipanggil untuk datang ke rumah mereka pada awal pagi 21 Jun lalu berikutan mendapat laporan dari penduduk setempat mengenai bunyi bising.

Jurucakap pasukan itu berkata, “setelah hadir, pegawai dimaklumkan tentang kebimbangan terhadap seorang bayi yang beralamat di rumah itu” katanya.

“Tindakan telah diambil untuk melindungi mereka yang terlibat dan sepasang pasangan suami isteri telah ditahan kerana disyaki melakukan kezaliman terhadap kanak-kanak pada hari yang sama” jelasnya lagi.

“Mereka telah diikat jamin dan siasatan sedang dijalankan,” tambah beliau.

Pihak berkuasa turut dimaklumkan mengenai kejadian itu dan bayi tersebut difahamkan masih bersama pasangan berkenaan selepas dibebaskan dengan ikat jamin.

Kedua-duanya menerima tindak balas daripada ratusan pengguna media sosial selepas video itu dikongsi dalam media sosial. Ramai netizen yang melihat berasa sedih akan tindakan mereka terhadap bayi itu.

Majlis Daerah Kent mengesahkan mereka telah menyedari kejadian itu.

Seorang jurucakap berkata, “saya boleh mengesahkan bahawa pihak berkuasa menyedari akan perkara ini dan telah mengambil tindakan sewajarnya terhadap mereka,” jelas beliau lagi.

https://youtu.be/ejh13-XX66Q

BACA: Wanita ditahan kerana lakukan hubungan terlarang dengan anjing, dirakam teman lelakinya

Sumber: Daily Star

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*