‘Pakcik nafsu setan!’ – Lelaki tergamak cabul anak saudaranya berusia 6 tahun ketika tidur

Polis menahan seorang lelaki yang disyaki mencabul anak saudara perempuannya berusia enam tahun ketika mangsa sedang tidur dalam kejadian yang berlaku pada Isnin lalu di Tanah Merah, Kelantan.

Pemangku Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Superintendan Mohd. Razi Rosli berkata, ibu saudara mangsa berusia 44 tahun membuat laporan berhubung kejadian itu pada malam kelmarin.

Bertindak di atas maklumat yang diterima, polis kemudian menahan suspek berusia 34 tahun terbabit untuk membantu siasatan.

Berdasarkan keterangan mangsa, kanak-kanak itu mendakwa dia dicabul oleh suspek ketika dia sedang tidur.

Difahamkan, mangsa merupakan anak tunggal dalam keluarganya dan dijaga oleh neneknya selepas kedua ibu bapanya bercerai.

Mangsa telah dibawa ke Hospital Tanah Merah untuk menjalani pemeriksaan lanjut.

Keputusan ujian saringan air kencing mendapati suspek negatif dadah dan tidak mempunyai rekod jenayah.

Suspek kini direman selama seminggu sehingga Selasa depan untuk siasatan mengikut Seksyen 14(d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

BACA: Suami berselisih faham ahli sindiket dadah punca ejen kosmetik diculik

Sumber: Kosmo

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*