Palsu Kematian Isteri Demi Insurans RM1 Juta, Lelaki Ditahan

palsu kematian isteri

Palsu Kematian Isteri Untuk Satu Juta

Gara-gara mahu mendapatkan sejumlah wang sebanyak RM1 juta daripada syarikat insurans, seorang lelaki sanggup menipu dengan memalsukan kematian isterinya, lapor The Thaiger.

Lelaki terbabit telah ditahan kerana menipu selepas didakwa melakukan perbuatan keji tersebut ke atas isterinya.

Namun, dia sebaliknya menafikan pertuduhan itu dan menyalahkan isteri serta abang iparnya.

Dalam pada itu, dia turut berkeras untuk membayar semula kepada syarikat insurans yang ditipu olehnya.

Biro Siasatan Pusat (CIB) dimaklumkan mengenai penipuan itu dan satu siasatan lanjut dijalankan terhadap kes tersebut.

Selepas siasatan, CIB  telah menahan tertuduh yang berusia 44 tahun di sebuah rumah di daerah Taling Chan di Bangkok.

Difahamkan, pasangan suami isteri itu telah membeli insurans hayat daripada beberapa buah syarikat pada Februari 2015.

Kemudian, tertuduh bertindak untuk melakukan satu pembohongan mengenai kematian isterinya dan memaklumkan kepada setiap syarikat insurans.

Syarikat tersebut mengetahui mengenai perkara itu dan membayar keluarga tersebut lebih daripada RM1 juta.

Lelaki itu mengakui pertuduhan terhadapnya tetapi mengaku tidak bersalah dalam hal tersebut.

Katanya, abang iparnya  juga melakukan jenayah yang sama ke atas namanya dan mendakwa tidak mendapat sebarang wang daripada kematian palsu itu.

Kronologi palsu kematian isteri

Tertuduh turut menjelaskan bahawa abang iparnya bekerja dengan seorang ketua masyarakat di Chiang Mai untuk mengeluarkan sijil kematian palsu dan menyerahkannya kepada syarikat insurans.

Tetapi dia masih tidak dapat mengenal pasti sama ada isterinya terbabit atau tidak dan juga tidak mengetahui mengenai keberadaan wang tersebut.

Selepas ditikam belakang, lelaki itu serta-merta menceraikan isterinya dan sehingga kini dia tidak mengetahui di mana mereka berdua berada tetapi percaya mereka melarikan diri dari penahanan.

Dalam pada itu, tertuduh cuba membayar semula kepada pihak insurans.

Tambahnya, dia tidak berniat untuk melepaskan diri daripada ditahan tetapi terlupa mengenai saman yang diberikan oleh mahkamah.

Kes yang sama

Sebelum ini, kes yang serupa turut berlaku di mana banyak syarikat insurans ditipu oleh orang ramai mengenai pensijilan jangkitan Covid-19 yang palsu.

Banyak syarikat insurans menghadapi kerugian kewangan yang besar dan sebahagian daripada mereka meminta untuk perlindungan daripada menjadi muflis.

Sumber: The Thaiger

BACA: Wanita Kantoi Palsukan Kematian “Up” Gambar Dikafankan Di Facebook, Nak Lari Dari Hutang

The post Palsu Kematian Isteri Demi Insurans RM1 Juta, Lelaki Ditahan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*