Pameran Panasonic FutureTech 2.0, “Membentuk Hari Esok, Hari Ini”

Kuala Lumpur, 14 Mac 2023 – Panasonic, peneraju penyedia rangkaian penyelesaian bersepadu meliputi keselamatan yang komprehensif, teknologi maklumat/komunikasi, perisian aplikasi, teknologi pemusatan video audio professional, telah melancarkan pameran penyelesaian baharunya di bawah tag Panasonic FutureTech 2.0, memfokuskan teknologi Pintar, Hijau dan Penyelesaian Imersif menyasarkan lima cabang utama:

  • Institusi Pengajian Tinggi Awam & Swasta
  • Pejabat Korporat & Kerajaan
  • Industri Pemaju & Pembinaan
  • Industri Pembuatan
  • Industri Hospitaliti

Inovasi peneraju industri kekal menjadi pusat tumpuan Panasonic dan pelancaran ini mengukuhkan lagi komitmennya untuk membantu kedua-dua Sektor Korporat dan Awam berkembang dan kekal berdaya saing dalam era transformasi digital dan transformasi hijau.

Pameran Penyelesaian FutureTech 2.0 ialah pameran dinamik idea dan penyelesaian dengan pandangan jauh ke hadapan, bertempat di The Zenith, Connexion Conference & Event Centre, Jalan Kerinchi, Bangsar South, Kuala Lumpur, dari 14 hingga 16 Mac 2023, bertujuan untuk mempamerkan penyelesaian terkini keselamatan pintar dan pengurusan kemudahan kawasan perbandaran, kampus dan pengurusan bangunan untuk sistem pengurusan kawalan yang lebih bijak, selamat, menjimatkan kos dan efektif.

Ketua Negara Penyelesaian Sistem dan Ketua B2B Panasonic Malaysia, Seelan Kandasamy, berkata, “Panasonic FutureTech 2.0 mempamerkan pelbagai pilihan penyelesaian lengkap merentasi pasaran cabang utama berbeza yang menawarkan teknologi inovatif, direka untuk menghasilkan penyelesaian teknologi pintar dan hijau luar jangkauan untuk menambahbaik pengalaman pelanggan, serta meningkatkan produktiviti dan kecekapan industri”.

Antara penyelesaian pintar canggih yang akan dipamerkan di FutureTech 2.0 termasuk:

Pameran Penyelesaian Pengurusan Fasiliti Pintar – merupakan peluang hebat untuk Pemimpin Kampus dan Pengurus Fasiliti Bangunan mempelajari lebih banyak sistem kampus yang berkaitan, pelawat dan sistem pengurusan kemudahan yang boleh memenuhi keperluan jangkaan harian sambil bersedia untuk cabaran inovasi masa depan. Penyelesaian yang dipamerkan termasuk:

  • Sistem Keselamatan Pintar
  • Penyelesaian Tenaga & Udara Bersih Pintar
  • Sistem Pengurusan Bangunan Pintar (iBMS)
  • Sistem Kawalan Akses Bersepadu
  • Sistem Pengurusan Parkir & Pengecaman Plat Lesen Kenderaan (LPR)
  • Sistem Pengurusan Pelawat
  • Penyelesaian Pengurusan Pelajar, Kedatangan & Satu ID
  • Penyelesaian Bilik Kuliah Pintar & Imersif
  • Sistem Tempahan Fasiliti
  • Penyelesaian Tanpa Wayar Jarak Jauh
  • Perkhidmatan Pengurusan Pencetakan
  • e-Dompet Kampus
  • Penyelesaian Lokar Pintar
  • Pengawasan & Kawalan Sensor Pintu
  • Sistem Paparan dan Tayangan Papan Tanda Digital
  • Sistem Pengeluaran Berbilang Kamera Penyiaran (NDI) pangkalan IP/IT
  • Teknologi Pengecaman Wajah

Bangunan Hijau S.iCity dan Faedah Penjimatan Kos – Pada acara ini, peserta akan berpeluang untuk meneroka pelbagai penyelesaian bangunan pintar, daripada sistem keselamatan termaju dengan aplikasi AI, pencahayaan pintar kepada pengurusan tenaga pintar dan sistem pengawasan pintar. Mereka boleh belajar tentang kemajuan terkini dalam teknologi pengurusan kemudahan dan melihat bagaimana penyelesaian ini meningkatkan keselamatan, kecekapan dan kemampanan kawasan perbandaran dan bangunan. Penyelesaian yang dipamerkan termasuk:

  • Pengawasan & Kawalan Cahaya Pintar
  • Pengawasan Aras Air Pintar
  • Sistem Pengairan Pintar
  • Penyelesaian Tenaga Pintar

“Seiring dengan kemajuan teknologi ke arah rangkaian gabungan, Panasonic terus memperkenalkan produk bercirikan IP Centric atau IoT dengan matlamat untuk meningkatkan produktiviti sambil mengurangkan jumlah kos pemilikan,” tambah Seelan.

Kelebihan Panasonic ialah kepelbagaian rangkaian produk dan penyelesaian. Hari ini, kami mempertingkatkan lagi kelebihan ini dengan kerjasama bersama Rakan Kongsi Teknologi kami RFnet, Extron, Calms, Macking Domain, ASI Synergy dan TDSi untuk menawarkan pelanggan kami penyelesaian di bawah satu bumbung.

Pelanggan tidak perlu lagi mencari-cari berbagai vendor atau pembekal kerana kami akan dapat memenuhi keperluan ini. Panasonic bersama Rakan Kongsi kami akan dapat menawarkan perkhidmatan profesional yang merangkumi perundingan, reka bentuk sistem, demonstrasi dan penyepaduan sistem untuk memenuhi keperluan pelanggan.

The post Pameran Panasonic FutureTech 2.0, “Membentuk Hari Esok, Hari Ini” appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*