Semasa
PANASS ! Usahawan Kosmetik Bergelar Datuk Seri Kantoi Jual Dadah, Beli Ford Mustang Untuk Isteri

Menerusi laporan Utusan Malaysia, seorang usahawan kosmetik yang bergelar Datuk Seri dan adiknya telah ditahan oleh pihak polis di Taman Serdang Perdana, Seri Kembangan, selasa yang lalu.
Kedua-dua mereka ditahan ketika pihak polis mengadakan serbuan di kawasan tersebut. Mereka juga dipercayai terlibat dalam sindiket pengedaran dadah.
Menjadikan Malaysia sebagai negara transit..
Sekadar gambar hiasan
Ketika pihak polis menahan kedua-dua suspek, mereka telah menemui dadah jenis syabu seberat 126.85 kilogram yang dibungkus dalam bungkusan teh cina. Dadah tersebut dianggarkan bernilai kira-kira RM5 juta. Menurut laporan tersebut juga, Datuk Seri yang berusia 31 tahun itu dan adiknya yang berusia 25 tahun, telah menjadikan Malaysia sebagai negara transit sebelum mengedarkan bekalan dadah tersebut ke negara jiran.
Hasil siasatan, telah membawa kepada penahanan tiga lelaki termasuk seorang warga Indonesia berusia 32 hingga 43 tahun di kawasan yang sama. Dua warga tempatan terbabit merupakan ahli sindiket ini manakala lelaki warga asing yang pasportnya telah tamat tempoh dipercayai orang tengah bagi urusan jual beli dadah. Pemeriksaan mendapati kesemua mereka positif dadah dan salah seorang daripada mereka mempunyai 19 rekod jenayah lampau.
Menurut Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed, serbuan tersebut telah dijalankan oleh pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor bersama Ibu Pejabat Polis (IPD) Serdang. Dalam serbuan itu juga, mereka berjaya menahan dua lelaki warga tempatan dan menemukan dadah jenis syabu dalam bungkusan teh cina.
Rampas tiga buah kenderaan juga
Kita turut merampas tiga buah kenderaan iaitu Nissan Almera, Toyota Innova dan Honda HRV dalam serbuan kedua ini. Hasil siasatan mendapati kenderaan Ford Mustang yang dianggarkan bernilai RM500,000 didaftarkan di bawah nama isteri kepada anggota tentera terbabit. Berdasarkan dadah yang dirampas, kita percaya mampu membekalkan kepada 253,700 penagih dalam masa sehari dengan mengambil kiraan penggunaan 0.5 gram.
Tambah Arjunaidi, dadah jenis syabu itu diseludup dari negara jiran yang terletak di Utara seterusnya melalui Pantai Timur ke Pantai Barat sebelum diedarkan di negara jiran lain. Susulan daripada penangkapan tersebut, kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan kesemua suspek bakal direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan.
Sumber: Utusan Malaysia
Kredit :OhBulan

Youtube Channel: Subscribe JenamaTV
- Santai6 days ago
(Video) Wanita ini mengalami detik cemas apabila isteri teman lelaki datang ke tempat kerja
- Semasa6 days ago
Suami Terlepas Lafaz TaIak , Tak Tahan Asyik DipukuI Bini Siap Guna Batang Penyapu
- Semasa3 days ago
(Video) ‘ Saya apa pun tak de..’ – Cikgu merayu kepada peragut
- Santai3 days ago
Nasib Baik Kau Dik, Kalau Tak Dah Arwah
- Global6 days ago
Wanita dibunuh, teman lelakinya pula dirogol & ditikam sampai mati sebab enggan kahwini sepupu