‘Panda Walker’ Sebak Dapat Basikal Sebagai Hadiah

panda walker basikal sebak

Panda Walker‘ Sebak Dapat Basikal Sebagai Hadiah

Seorang Panda Walker terharu apabila menerima hadiah sebuah basikal dari seorang lelaki dermawan.

Menerusi sebuah video dimuatnaik oleh pempengaruh TikTok dari Sabah, Adrian Ady, pemuda berkenaan dilihat begitu gembira apabila menerima hadiah berkenaan.

Dalam video yang berdurasi 2 minit 38 saat itu, Adrian telah bertemu dengan Mohd Khairudin atau lebih mesra disapa sebagai Abang Khai.

Tidak lama kemudian, pempengaruh tersebut meminta Abang Khai untuk membuka bungkusan kanvas yang membaluti pemberiannya kepada Panda Walker itu.

Seusai membuka bungkusan tersebut, Abang Khai terkejut apabila mendapati sebuah basikal berwarna putih serba baharu di sebaliknya.

Bukan itu sahaja, basikal tersebut turut diperlengkap dengan pemegang telefon pintar, bersesuaian dengan konteks pekerjaan Abang Khai yang perlu melihat navigasi pada aplikasi tersebut setiap masa.

Abang Khai seorang yang kuat berkerja

Selepas memberikan kejutan kepada Abang Khai, Adrian sempat bertanya beberapa soalan mengenai kehidupan Panda Walker itu.

Abang Khai berusia 23 tahun berasal dari Semporna dan dia sering mengirimkan wang kepada ibunya setiap minggu.

Difahamkan, Panda Walker tersebut masih bujang dan sedang menjalinkan hubungan istimewa bersama seorang wanita dari Lahad Datu.

Abang Khai bekerja sebagai Panda Walker secara sepenuh masa dan sering keluar mencari rezeki bermula dari 7.00 pagi hingga 7.00 malam, adakalanya hingga 10.00 malam.

Sebelum mendapat basikal tersebut, dia memang berniat untuk membelinya namun wang simpanannya masih tidak mencukupi.

Ketika berborak, Abang Khai kelihatan sebak apabila Adrian mula menyebut mengenai ayahnya akan sentiasa mendoakannya walaupun berada di alam lain.

Hal ini disebabkan, ayah Abang Khai meninggal dunia ketika dirinya masih kecil lagi, dalam lingkungan 12 tahun.

Pada akhir video tersebut, pempengaruh asal Sabah tersebut sempat menghulurkan beberapa jumlah wang kepada Abang Khai untuk membayar komitmen hidupnya seperti sewa rumah, bil dan sebagainya.

Sifat murah hati Adrian telah membuatkan Abang Khai menitiskan air mata dan mereka berpelukan semasa sendiri pada hujung video.

@adrianedy7

Hadiahkan basikal buat panda walker , abang Khairudin. Doakan ya moga abang Khairudin terus kuat untuk cari rezeki di luar sana untuk bantu ahli keluarga ❤ #fyp #adrianedy

♬ Yang Terdalam – NOAH

BACA: “Terima Kasih Abang Panda,” Tular “Rider” Gigih Redah Banjir Demi Hantar Makanan 

Secara umumnya, Panda Walker merupakan satu pekerjaan seperti penghantar makanan yang biasa.

Bezanya, mereka menghantar makanan dengan berjalan kaki ataupun menggunakan basikal dan jarak penghantaran lebih dekat berbanding penghantar yang menggunakan motosikal.

Sumber: @adrianedy7 via TikTok

The post ‘Panda Walker’ Sebak Dapat Basikal Sebagai Hadiah appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*