Connect with us

Semasa

Pasangan buat maksiat di rumah nenek dicekup JAIK – ‘Siap duduk berlipat kaki dalam almari’

Untuk meluangkan masa bersama, seorang lelaki sanggup membawa teman wanitanya ke rumah neneknya. Namun, tindakan pasangan itu mengundang padah apabila mereka diserbu dan ditahan oleh pegawai penguat kuasa dari Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) kerana disyaki berkhalwat.

Lelaki berusia 21 tahun dan pasangannya, 19, ditangkap pada awal pagi hari Selasa, 16 Mac 2021. Ketika diserbu, lelaki itu memakai selimut, sementara pasangannya bersembunyi di dalam almari.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan JAIK, Sheikh Radzi Abdul Mutalib berkata, pihaknya sebelum ini mendapat maklumat daripada orang ramai sebelum melakukan serbuan pada pukul 2.45 pagi.


Sepasukan anggota penguatkuasa JAIK dikerahkan ke lokasi dan terpaksa memecah pintu bilik setelah mereka enggan bekerjasama.

Pemeriksaan mendapati pasangan itu bukan suami isteri dan wanita itu masih bujang dan tinggal di Perlis.

Wanita itu memberi alasan bahawa dia hanya tinggal sementara di rumah pasangannya kerana dia mempunyai urusan untuk mendaftar kursus perkahwinan mereka di Pokok Sena pada hari Selasa.

Namun, alasan tidak masuk akal itu tidak diterima dan mereka ditahan dan dibawa ke pejabat agama untuk memberi keterangan sebelum dibebaskan dengan jaminan keluarga mereka.

Kes disiasat mengikut Seksyen 25 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Kedah 2014. Sekiranya disabitkan kesalahan, pasangan itu boleh dijatuhkan hukuman penjara dua tahun atau denda tidak melebihi RM3,000 atau kedua-duanya.


Sumber: Harian Metro


Continue Reading
Advertisement

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Fanpage

Tags