Pasangan Tak Jadi Bercerai, Isteri Positif Covid Terharu Suami Gigih Jaga Dirinya Semasa Sakit

 

Sepasang suami isteri warga China yang sedang dalam proses untuk bercerai telah berubah fikiran selepas si suami bertindak menjaga isterinya yang positif COVID-19.

Star Video melaporkan, pasangan dari wilayah Jiangxi di timur China itu pada awalnya memfailkan penceraian mereka pada 14 Disember lalu.

Mereka menjangkakan proses dan sijil rasmi penceraian tersebut akan diterima antara pertengahan Januari dan Februari tahun depan.

Bagaimanapun, mereka tetap tinggal bersama sementara menunggu proses penceraian tersebut selesai dan pada ketika itulah si isteri mendapati bahawa dirinya positif COVID-19.

Memetik SCMP, dia berasa sangat lemah dan terpaksa berehat di atas katil, namun pada hari-hari berikutnya, suaminya gigih menjaganya dan perkara itu menyebabkan dia berasa sangat terharu.

Dalam satu video yang tular di media sosial, si suami menjaga isterinya yang terbaring di atas katil dengan membawa air dan tisu serta menyediakan makanan untuknya.

Gambar: Baidu via SCMP

Walaupun demam dan berada dalam keadaan yang lemah, si isteri mengatakan bahawa dia mula menyedari betapa besarnya kasih sayang dan ditunjukkan oleh suami terhadap dirinya.

“Suami saya seorang yang sangat pendiam, tetapi dia bekerja keras,” katanya kepada Star Video.

Menurut si isteri, kurang berkomunikasi antara satu sama lain menjadi sebab mereka memfailkan penceraian.

Bagaimanapun, apabila melihat ketabahan suaminya yang menjaganya semasa sakit, dia terharu dan mengubah fikirannya untuk bercerai.

Pasangan itu kemudiannya berbincang kembali dan menarik balik permohonan cerai tersebut, lapor SCMP.

“Dia memberitahu saya, ‘mari kita kembali bersama-sama’,” kata isteri.

Pasangan tersebut percaya bahawa COVID-19 telah berjaya menyelamatkan perkahwinan mereka dan kisahnya itu telah mendapat perhatian jutaan pengguna media sosial di China.

“Wah, Tuhan telah memberikan peluang untuk cinta mereka,” kata seorang warganet.

Malah, seorang lagi turut berkata bahawa dia hampir menitiskan air mata apabila membaca kisah percintaan pasangan tersebut.

Kisah-kisah yang menyentuh hati sewaktu wabak COVID-19 berlaku di China semakin popular di media sosial akhir-akhir ini.

Pada Selasa lepas, seorang lelaki memakai kelengkapan perlindungan diri (PPE) untuk menjaga teman wanitanya yang positif COVID-19 mendapat perhatian umum.

Selain itu, seorang wanita berkongsi kisah suaminya telah tinggal berasingan dengannya selama dua tahun dan menjaganya sehingga pulih daripada wabak COVID-19.

Sumber: SCMP

BACA: Ronaldo Dapat Hadiah Rolls Royce Daripada Pasangannya Sempena Krismas

The post Pasangan Tak Jadi Bercerai, Isteri Positif Covid Terharu Suami Gigih Jaga Dirinya Semasa Sakit appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*