Pasukan SAR Terkejut, Jasad Budak Hilang Mati Lemas Dihantar Buaya Dalam Keadaan Tak Terusik

Jasad Budak Mati Lemas Dihantar Buaya

Pasukan SAR Terkejut, Jasad Budak Hilang Mati Lemas Dihantar Buaya Dalam Keadaan Tak Terusik

Kanak-kanak lelaki berusia empat tahun mangsa lemas ketika bermain di Sungai Mahakam, Kutai, Kalimantan Timur ditemui selepas dua hari hilang, lapor Detik.com.

Apa yang mengejutkan berkenaan berita tersebut ialah penemuan mayat mangsa dilaporkan telah dibawa oleh seekor buaya muara kepada keluarganya yang berada di tebing sungai semasa proses pencarian.

“Pagi tadi ketika pasukan bergerak mencari orang hilang untuk hari kedua kira-kira jam 7 pagi, pasukan menerima maklumat daripada keluarga bahawa mereka terlihat seekor buaya sedang membawa mayat manusia.

“Selepas dilepaskan, ternyata mayat tersebut adalah mangsa yang kami sedang cari,” kata Ketua Balai Pencarian dan Bantuan Basarnas Kalimantan Timur, Melkianus Kotta pada Jumaat lalu.

Baca: Boleh Jimat Masa, Ini Cara Nak Buat Umrah 3 Kali Tanpa “Apply” Cuti Panjang

Mayat mangsa ditemui di Perairan Muara Jawa, Kutai Timur. Ketika kejadian, mayat mangsa telah dibawa oleh buaya tersebut dari tengah sungai ke tebing sungai sambil dinantikan oleh keluarga mangsa.

“Jarak dari lokasi kejadian adalah 1.5 kilometer. Ketika buaya berada berhampiran keluarga mangsa, mayat kanak-kanak terbabit segera dilepaskan oleh buaya tersebut,” kata Melkianus.

Menurut Melkianus lagi, jenazah kanak-kanak itu segera dipindahkan ke rumah pengebumian. Ketika pemeriksaan dijalankan, keadaan mangsa masih lengkap dan tiada satu pun anggota badannya hilang.

“Tiada yang hilang, semuanya masih utuh. Jadi buaya itu telah membantu pasukan kita untuk mencari mangsa,” kata Melkianus lagi.

Ketika mangsa terjatuh dan lemas dalam sungai itu, tiada kelibat buaya dilaporkan berada di tempat kejadian.

Mangsa difahamkan hanya bermain di tepi sungai yang berada di belakang rumahnya. Dia kemudiannya dilaporkan telah hilang secara tiba-tiba.

“Ia tiada kaitan dengan mangsa yang terjatuh bersama buaya itu. Ketika kejadian, tiada sesiapa melihat mangsa terjatuh. Mangsa hanya disedari hilang dan alat permainan miliknya masih ada di situ,” kata Melkianus mengakhiri ucapannya.

Sumber: Detik.com

The post Pasukan SAR Terkejut, Jasad Budak Hilang Mati Lemas Dihantar Buaya Dalam Keadaan Tak Terusik appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*