Connect with us

Semasa

‘Patutnya suruh baring atas durian’ – 2 pencuri terciduk, mulut disumbat kulit durian

Published

on

Dua lelaki dicekup penduduk kampung dan mulut mereka disumbat dengan kulit durian sebelum diserahkan kepada pihak polis.

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 3 pagi di sebuah dusun di Kampung Berchat, Lubuk Gajah, Perak kelmarin, pemilik dusun bersama dua rakannya ternampak dua suspek berada di dusunnya yang ketika itu sedang leka memasukkan durian ke dalam raga di belakang kenderaan pacuan empat roda.

Pemilik dusun kemudian bertindak memanggil penduduk kampung lain untuk membantu menangkap dua suspek terbabit dan pemeriksaan mendapati kira-kira 30 biji durian yang dianggarkan bernilai RM500 ditemui dalam raga.

Difahamkan, dusun seluas empat hektar yang tidak berpagar itu diusahakan oleh pemiliknya sejak 10 tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat berkata, kedua-dua suspek mengaku mencuri hasil tanaman tersebut dan telah dibawa ke Balai Polis Changkat Jering untuk siasatan lanjut.

Polis turut merampas kenderaan suspek bersama durian. Suspek direman tiga hari dan disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

 

Sumber: Sinar Harian

Advertisement

Tags

Archives

Trending