Pecah Rekod, Nombor Plat ‘P7’ Dibida RM 66 Juta, Termahal Dunia

p7 nombor plat termahal dunia

Pecah Rekod, Nombor Plat ‘P7’ Dibida RM 66 Juta, Termahal Dunia

Satu acara lelongan di Dubai, Emirates Auction berjaya mencatat rekod apabila nombor plat P7 dibida pada harga termahal di dunia, baru-baru ini.

Acara berkenaan berlangsung di Four Season Resort Dubai di Pantai Jumeirah, Sabtu lepas yang dianjurkan oleh Emirates Auction dengan kerjasama Badan Pengangkutan dan Jalanraya Dubai.

Difahamkan, nombor plat berkenaan dijual dengan harga 55 juta dirham (RM66.17 juta). Harga yang dibayar oleh pembida tersebut menyaksikan nombor plat berkenaan menjadi nombor plat termahal pernah dibida.

Sesi bidaan tersebut merupakan sebahagian daripada inisiatif amal 1 Billion Meals Endowment. Ia bertujuan untuk mengumpul dana wakaf mapan bagi menyediakan bantuan makanan kepada yang memerlukan sepanjang Ramadan.

Difahamkan, semua keuntungan daripada sesi bida tersebut akan disalurkan 100 peratus kepada dana amal tersebut.

Memetik laporan Wion News, harga bidaan meningkat secara mendadak sehingga harga terakhir ditutup pada 55 juta dirham (RM66.17 juta).

Nombor berkenaan dibelikan oleh seorang ahli panel yang tidak mahu identitinya didedahkankan.

Nombor telefon istimewa turut dibida dalam sesi berkenaan

Selain P7, beberapa nombor pendaftaran kenderaan VIP dan nombor telefon turut dibida dalam sesi bidaan berkenaan.

Antaranya, AA19, AA22, AA80, O71, X36, W78, H31, Z37, J57,  N41, Y900, Q22222, and Y6666. Dalam sesi bidaan, ‘O 71’ dijual pada harga 2.15 juta dirham (RM2.59 juta) dan AA19 dijual pada 4.9 juta dirham (RM5.90 juta).

Secara keseluruhan, jumlah jualan nombor telefon pintar dan nombor pendaftaran kereta istimewa berjumlah sebanyak 97,920,000 dirham (RM117,815,263) berjaya dijual.

Sebelum ini, rekod nombor plat kereta termahal dunia dicatat pada 2008, apabila eorang ahli perniagaan membelanjakan 52.2 juta dirham (RM62.81 juta) bagi nombor pendaftaran ‘P1’.

Ketika sesi bidaan ini diadakan buat kali pertama pada Ramadan 2021, acara ini berhasil mambawa hasil pulangan sebanyak 50.45 juta dirham (RM60.70 juta) dalam satu malam sahaja.

Acara berkenaan terbukti menjadi salah satu kaedah yang kreatif dalam usaha pengumpulan dana bagi tujuan amal dan kemanusiaan.

BACA: Pemandu Tinggalkan Kereta, Tak Tahan 3 Jam Tunggu “Que” Di Parkir “Mall”

Sumber: Wion News

The post Pecah Rekod, Nombor Plat ‘P7’ Dibida RM 66 Juta, Termahal Dunia appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*