“Pedal Terlalu Rapat,” Pekerja Valet ‘Termenung’ Tak Sengaja Rosakkan Dua Buah Lamborghini

Pekerja valet lamborghini

“Pedal Terlalu Rapat,” Pekerja Valet ‘Termenung’ Tak Sengaja Rosakkan Dua Buah Lamborghini

Seorang pekerja valet ditimpa malang apabila terlibat dalam kemalangan yang melibatkan dua kereta paling eksklusif di dunia, lapor Daily Mail.

Kunci kepada dua kereta Lamborghini Aventador Ultimaes itu telah diserahkan kepada pekerja valet di sebuah kasino di Perth pada malam Rabu lalu.

Kejadian berlaku apabila salah seorang daripada mereka telah hilang kawalan dan merempuh sebuah lagi Lamborghini lalu terhempas ke dinding.

Kereta supercar berwarna cyan dan ungu itu adalah buatan terakhir pengeluar Itali dalam model Aventador yang popular. Kereta berharga kira-kira USD 1 juta (RM 4.3 juta) itu dilaporkan dimiliki oleh jutawan permainan maya, Laurence Escalanter.

Rakaman yang diambil sejurus selepas kemalangan itu disiarkan di laman Instagram. Rakaman yang menunjukkan kerosakan pada bampar hadapan Lamborghini cyan dijangka menelan belanja kira-kira USD 20,000 (RM 86,900) untuk diganti.

“Mereka merempuh kereta pelanggan kami,” tulis kapsyen muat naik tersebut sambil menunjukkan enjin berkuasa V12 sejurus selepas kemalangan itu. Pekerja valet itu juga dapat dilihat hanya merenung dari jauh kerana masih berada dalam keadaan terkejut.

BACA: Rakyat Malaysia Ditembak Di Thailand Parah

“Saya benar-benar pening sekarang,” kedengaran suara pekerja itu berkata kepada seorang lagi pekerja lain.

“Tidak mungkin, kamu baru sahaja merosakkan kereta itu,” kata seorang lelaki di belakang kamera kepada pekerja valet tersebut.

Sementara itu, valet yang masih terkejut dilihat tersenyum dan cuba menjelaskan bagaimana kemalangan tersebut boleh berlaku selepas melihat tahap kerosakan berkenaan.

Kredit Instagram

“Lihat bagaimana kedua-dua pedal itu terlalu rapat? Saya menekan brek dan kemudian ia meluncur pergi,” katanya.

Valet itu kemudiannya meletakkan tangannya di atas kepalanya kerana tidak percaya dengan apa yang baru sahaja berlaku.

Kredit Instagram

Escalanter yang merupakan peminat kereta berkongsi perkara itu di Instagram story miliknya dan meluahkan kekecewaannya terhadap kasino tersebut dan valet.

“Dua daripada Aventador terakhir… Insurans Crown pasti akan berada dalam keadaan teruk,” tulis Escalanter.

Dia kemudian menambah bahawa kereta-kereta itu telah dibawa ke kedai untuk dibaiki. Pengguna media sosial berang dengan kerosakan yang dilakukan pada kereta super mewah itu.

Crown Resort mengesahkan bahawa dua kenderaan yang terlibat dalam insiden di jalan masuk Crown Towers Perth itu terjadi selepas jam 9 malam pada hari Rabu lalu.

“Keselamatan pekerja dan tetamu Crown tetap menjadi keutamaan kami. Kami sedang menjalankan penilaian penuh terhadap kejadian itu bersama mereka yang terlibat.

“Tiada kecederaan yang dialami daripada kejadian itu,” kata wakil daripada Crown Resort itu.

Sumber: Daily Mail

The post “Pedal Terlalu Rapat,” Pekerja Valet ‘Termenung’ Tak Sengaja Rosakkan Dua Buah Lamborghini appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*