Pegawai Polis Meninggal Dunia Selepas Rebah Ketika Perlawanan Bola Sepak

pegawai polis meninggal dunia rebah bola sepak

Pegawai Polis Meninggal Dunia Selepas Rebah Ketika Perlawanan Bola Sepak

SIBU, 16 Mac (Bernama) — Ketua Cawangan Khas IPD Sibu DSP Gregory Emilio meninggal dunia selepas rebah ketika perlawanan bola sepak di Pusat Sukan Komuniti Azman Hashim, Sibu Jaya, kira-kira 10.15 pagi tadi, empat hari sebelum Perbarisan Sempena Peringatan Hari Polis Ke-216.

Mendiang Gregory, 52, tiba-tiba rebah di padang bola sepak pusat sukan itu ketika perlawanan bola sepak persahabatan antara cawangan PDRM yang diadakan sempena sambutan Hari Polis tersebut.

Beliau kemudian dikejarkan ke Klinik Kesihatan Sibu Jaya dan diberikan rawatan kecemasan, namun disahkan meninggal dunia pada 10.56 pagi.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili menerusi kenyataan mengesahkan kejadian itu.

“Mendiang meninggalkan seorang isteri dan empat anak berusia antara 17 hingga 27 tahun. Seluruh warga IPD Sibu mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang,” katanya.

Zulkipli berkata Gregory memegang jawatan Ketua Cawangan Khas IPD Sibu sejak 2021 dan telah berkhidmat dengan pasukan polis selama 28 tahun.

Jasad mendiang dirujuk ke Hospital Sibu untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.

BACA: Seawal Subuh, Waktu Sekolah Di Indonesia Ini Bermula 5.30 Pagi

Sumber: Bernama

The post Pegawai Polis Meninggal Dunia Selepas Rebah Ketika Perlawanan Bola Sepak appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*