Pekan Chaah Lumpuh, Paras Air Banjir Meningkat

pekan chaah lumpuh banjir

Pekan Chaah Lumpuh, Paras Air Banjir Meningkat

Pekan Chaah dilapor lumpuh apabila paras air banjir dilaporkan meningkat sehingga paras berbahaya. Kawasan berkenaan antara yang terjejas teruk dengan bencana banjir yang melanda beberapa kawasan di Johor ketika ini.

Berita berkenaan dimaklumkan oleh JKR Segamat melalui satu hantaran video di Facebooknya hari ini.

Menerusi hantaran yang sama, JKR Segamat juga meminta penduduk setempat bersiap siaga dengan sebarang kemungkinan yang akan berlaku.

Video tersebut dirakam dari sebuah bot, dipercayai bot penyelamat yang ditugaskan untuk menyelamatkan penduduk-penduduk di kawasan tersebut.

Menerusi video berkenaan, dapat dilihat keadaan Pekan Chaah yang terjejas teruk dengan air banjir. Kereta-kereta penduduk juga kelihatan ditenggelami air. Manakala beberapa infrastruktur seperti masjid, stesen minyak dan balai polis juga dirakam tenggelam hingga menghampiri paras bumbung.

Pada masa yang sama, JKR turut memaklumkan penutupan beberapa jalan di Segamat iaitu Jalan Felda Kemelah, FT1385 Jalan felda Redong dan sebagainya.

Penutupan jalan-jalan berkenaan disebabkan faktor limpahan air banjir yang membanjiri jalan raya, serta laluan darat yang terputus.

Dalam pada itu, menerusi perkongsian awam, orang ramai juga berkongsi situasi semasa di sekitar Pekan Chaah. Antara yang menjadi tular adalah situasi semasa banjir di Balai Polis Pekan Chaah.

 

 

Korban banjir pertama di Johor

Baru-baru ini, seorang lelaki warga tempatan menjadi korban pertama banjir di Johor setelah ditemukan meninggal dunia di dalam sebuah kereta di Jalan GSA Chamek, Paloh tengahari ini.

Mangsa yang berusia 20-an tersebut dipercayai dibawa arus banjir ketika sedang memandu keretanya di lokasi kejadian dalam lingkungan 7.20 pagi tadi.

Hasil siasatan mendapati kejadian tersebut berlaku ketika mangsa dalam perjalanan ke tempat kerjanya di sebuah kilang kelapa sawit berhampiran.

Memetik Bernama, seramai 209 keluarga terjejas banjir di Segamat, 162 keluarga di Kluang, 131 keluarga di Johor Bahru dan 32 keluarga di Kota Tinggi telah dipindahkan ke PPS.

BACA: Lelaki Maut Dibawa Arus Banjir Di Kluang

Sumber: Jabatan Kerja Raya (JKR) Segamat via Facebook

The post Pekan Chaah Lumpuh, Paras Air Banjir Meningkat appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*