Connect with us

Global

Pekerja Kumbahan Jumpa ‘Tikus Gergasi’ Tersekat Dalam Sistem Perparitan, Dipercayai Penyebab Banjir

Published

on

Pekerja Kumbahan Jumpa ‘Tikus Gergasi’ Tersekat Dalam Sistem Perparitan, Dipercayai Penyebab Banjir 7

Dipercayai gara-gara seekor ‘tikus gergasi’, sebuah kawasan di Mexico dilaporkan mengalami banjir hingga meragut nyawa.

Menurut laporan media, ‘tikus gergasi’ tiruan itu telah ditemui bersama kira-kira 20 tan sampah lain yang menyumbat sistem perparitan di Magdalena Contreras pada 18 September lalu.

Banjir yang dipercayai berpunca daripada kegagalan sistem saliran dan hujan lebat itu dilaporkan telah mengorbankan seorang wanita berusia 54 tahun.

Dikenali sebagai Dona Mari, wanita itu dikatakan lemas setelah tidak dapat menyelamatkan diri ketika air banjir memasuki flat miliknya.

Banjir berkenaan dipercayai telah menyebabkan perabot hanyut dan menyekat pintu rumah sekaligus menghalang mangsa keluar bagi menyelamatkan diri.

Mayat mangsa dilaporkan telah ditemui seorang jiran yang mencarinya setelah mendapati wanita itu tidak berkumpul bersama penduduk lain yang terselamat.

Ketika sesi pembersihan di kawasan tersebut, pihak pembersihan telah menemui ‘tikus gergasi’ berkenaan.

Seorang penduduk tempatan dilaporkan mengaku sebagai pemilik ‘tikus’ berkenaan, mendakwa ia hanyut ketika ribut melanda bandar berkenaan beberapa tahun lalu. Dia yang mendakwa telah berusaha mencarinya kembali dikatakan gagal menemui ‘tikus’ berkenaan sejak kejadian itu.

Pekerja Kumbahan Jumpa ‘Tikus Gergasi’ Tersekat Dalam Sistem Perparitan, Dipercayai Penyebab Banjir 8

Pekerja Kumbahan Jumpa ‘Tikus Gergasi’ Tersekat Dalam Sistem Perparitan, Dipercayai Penyebab Banjir 9

Pekerja Kumbahan Jumpa ‘Tikus Gergasi’ Tersekat Dalam Sistem Perparitan, Dipercayai Penyebab Banjir 10

Sumber: LadBibleNY Daily News

Please Like: Ceritakini

Youtube Channel: Subscribe JenamaTV


Tags

Trending