Pelajar Lelaki Pengsan, Dapat Tahu Perlu Jawab “Exam” Dalam Dewan Penuh Perempuan

pelajar lelaki pengsan

Pelajar Lelaki Pengsan, Dapat Tahu Perlu Jawab “Exam” Dalam Dewan Penuh Perempuan

Seorang pelajar lelaki di India dilaporkan pengsan selepas menyedari bahawa dia menjadi calon lelaki tunggal dan selebihnya adalah calon perempuan di pusat peperiksaan Brilliant School, lapor Hindustan Times.

Pelajar dari kelas 12 di Kolej Allama Iqbal Bihar Sharif dikatakan pengsan kerana ‘gugup’ selepas menyedari bahawa dia akan mengambil peperiksaan bersama 50 pelajar perempuan.

Menurut ibu saudaranya, pelajar tersebut segera dibawa ke hospital kerana mengalami demam panas selepas kejadian itu.

Baca: Boleh Jimat Masa, Ini Cara Nak Buat Umrah 3 Kali Tanpa “Apply” Cuti Panjang

“Dia pergi ke pusat peperiksaan dan melihat dewan itu penuh dengan pelajar perempuan, dia menjadi gugup, demam panas dan kemudian pengsan,” katanya dalam satu kenyataan ANI.

Difahamkan bahawa pelajar tersebut kini berada dalam keadaan stabil selepas menjalani rawatan di Hospital Sadar.

Pada minggu lalu, seorang gadis berusia 16 tahun meninggal dunia akibat serangan jantung di sebuah sekolah di Indore, Madhya Pradesh.

Vrinda Tripathi, pelajar Kelas 11, dikatakan berada di sekolah Usha Nagar untuk menjalani latihan Hari Republik sebelum dia rebah secara tiba-tiba, lapor PTI.

Walaupun Vrinda telah dibawa ke hospital, doktor mengesahkan bahawa dia telah meninggal dunia ketika dalam perjalanan.

Menurut Hindustan Times, laporan bedah siasat menunjukkan kecederaan di dagunya yang mungkin akibat terjatuh.

Manakala doktor pula mengatakan kematiannya yang disebabkan serangan jantung itu berpunca daripada cuaca sejuk yang melampau di negeri tersebut.

Seorang lagi pelajar sekolah rebah dan meninggal dunia ketika makan tengah hari di Sekolah Thane Municipal Corporation di Manpada pada 11 Januari lepas.

Polis Kapurbawdi telah memfailkan laporan kematian akibat kemalangan, manakala ahli keluarga pelajar yang berusia 10 tahun itu menuntut siasatan ke atas kematian.

Pegawai bahagian akademik di Thane Municipal Corporation, Balasaheb Rakshe berkata, “Kami melawat sekolah itu dan telah mengarahkan satu pasukan dan tiga pegawai untuk menyiasat kejadian itu.”

Pelajar dari Kelas IV itu tinggal bersama ibu bapa dan adik-beradiknya di Ghodbunder dan bersekolah di Sekolah Perbandaran No 64 di Manpada.

Sumber: Hindustan Times

The post Pelajar Lelaki Pengsan, Dapat Tahu Perlu Jawab “Exam” Dalam Dewan Penuh Perempuan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*