Pelajar lelaki ugut rakan enggan buat amang s3ksual




Seorang pelajar lelaki tingkatan satu sanggup mencederakan rakannya berusia 10 tahun dan mengugutnya dengan pisau selepas mangsa enggan menuruti kemahuannya untuk melakukan oral s3ks.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 petang di sebuah taman perumahan di Gurun dekat sini kelmarin, mangsa mengalami lebam di pipi kanan akibat ditampar dan dipukul suspek.

Malah terdapat kesan luka dan calar di dada, badan serta lutut kanan mangsa dipercayai dicederakan suspek dengan sebilah pisau.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, sebelum itu suspek berumur 13 tahun itu membawa mangsa menaiki kereta Perodua Kancil yang dipandunya ke sebuah kedai di taman perumahan itu.

“Semasa di dalam kereta, murid tahun empat itu diarah membuka seluar suspek dan mengarahkan mangsa melakukan oral s3ks, tetapi pelajar itu enggan menyebabkan dia ditampar dan dipukul.

“Suspek kemudian membawa mangsa ke rumahnya dan mengarahkannya untuk melakukan perkara tersebut sekali lagi dan arahan itu enggan diikuti mangsa,” katanya.

Berang kemahuannya tidak diikuti mangsa, kata Zaidy, suspek kemudian mencekik leher mangsa dan mencederakannya dengan sebilah pisau menyebabkan mangsa takut dan lari pulang memberitahu bapanya berkaitan kejadian itu.

“Bapa mangsa kemudian membuat laporan kejadian di Balai Polis Gurun dan pada pukul 7.19 malam semalam suspek ditahan di rumahnya.

“Suspek ditahan reman selama empat hari bermula hari ini (semalam) untuk membantu siasatan di bawah Sekyen 14 Akta Kesalahan S3ksual Terhadap Kanak-kanak (AKSTKK) 2017 serta S3ksyen 323 Kanun Kes3ksaan kerana mendatangkan kecederaan,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Baca: Pasangan kekasih teruja, terkejut temui pisang terbesar di dunia

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*