Pelajar Tingkatan Satu Tular Pandu Kereta Ditahan

pelajar pandu kereta

Pelajar Tingkatan Satu Tular Pandu Kereta Ditahan

BUKIT MERTAJAM- Polis menahan seorang pelajar Tingkatan Satu dan rakan sekolahnya selepas didapati memandu sebuah Proton Iswara di Jalan Rozhan, Machang Bubok semalam, lapor Sinar Harian.

Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Tan Cheng San, pihaknya telah mengesan klip video tular berkaitan kejadian itu sebelum melakukan penahanan terhadap dua pelajar terbabit sekitar jam 8 malam di hadapan Flat Taman Machang Bubok.

Susulan itu, ibu kepada pelajar yang memandu kenderaan berkenaan turut ditahan untuk siasatan lanjut.

BACA: Kanak-Kanak Enam Tahun Pandu Kereta: Polis Tolak Dakwaan Ada Unsur Mistik

“Pada jam 3 petang semalam (Rabu), kita mengesan satu klip video berdurasi 32 saat yang tular di Whatsapp yang memaparkan seorang remaja 13 tahun memandu sebuah kereta bersama rakannya.

“Mereka telah ditahan oleh orang awam di lokasi berkenaan selepas memandu kira-kira 4 kilometer (km) dari rumahnya.

“Susulan daripada itu, polis berjaya menahan seorang pelajar Tingkatan Satu bersama ibunya yang berusia lewat 40-an dan rakan sekolahnya. Polis turut menyita kereta Proton Iswara tersebut untuk membantu siasatan,” katanya.

Dalam pada itu, dua orang lagi rakan kepada remaja terbabit masih lagi dikesan untuk melengkapkan siasatan.

“Maklumat yang diperolehi adalah terdapat empat remaja di dalam kereta tersebut termasuk yang memandu, Dua sudah ditahan dan kita sedang mengesan dua remaja lagi.

BACA JUGA: Kanak-Kanak Enam Tahun Pandu Kereta Sehingga Terbabas Dedah Belajar Cara Memandu Dari YouTube

“Kita telah mengeluarkan saman ke atas remaja yang memandu kereta itu di bawah Seksyen 26 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu tiada lesen memandu.

“Sementara itu, kita juga telah menyaman ibu remaja tersebut yang juga pemilik kenderaan di bawah Seksyen 39 (5) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana membenarkan pemandu bawah umur memandu kenderaan bermotor,” katanya.

Mengulas lanjut, ibu bapa dan masyarakat dinasihatkan tidak cuai dan lalai dengan membenarkan kanak-kanak bawah umur memandu atau menunggang kenderaan.

Kanak-Kanak Enam Tahun Pandu Kereta Sehingga Terbabas 

Beberapa minggu lepas, tular kejadian seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang memandu bersama adiknya menggunakan kereta vios sebelum terlibat dalam kemalangan di Langkawi.

Kejadian itu tular dan menggemparkan negara susulan umur mereka yang masih lagi muda.

Sumber: Sinar Harian

The post Pelajar Tingkatan Satu Tular Pandu Kereta Ditahan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*