Pelakon Bridgerton, Regé-Jean Page Lelaki Paling “Handsome” Di Dunia – Kajian

Regé-Jean Page Lelaki Paling "Handsome"

Pelakon Bridgerton, Regé-Jean Page Lelaki Paling “Handsome” Di Dunia – Kajian

Pelakon Britain, Regé-Jean Page telah dinobatkan sebagai lelaki paling kacak di dunia, lapor Wion News.

Pelakon berusia 34 tahun ini meraih populariti bukan sahaja kerana memainkan watak Simon Basset, Duke of Hastings dalam siri televisyen ‘Bridgerton’ pada musim pertama, tetapi penampilannya yang menarik telah berjaya menarik perhatian ramai.

Difahamkan, satu kajian baru yang dijalankan menggunakan Greek Golden Ratio of Beauty Phi, sebuah sistem purba yang mengukur tahap kesempurnaan fizikal seseorang telah membuktikan bahawa Regé merupakan antara lelaki yang paling kacak di dunia dengan ketepatan wajah sebanyak 93.65 peratus.

Baca: Boleh Jimat Masa, Ini Cara Nak Buat Umrah 3 Kali Tanpa “Apply” Cuti Panjang

Gambar: AFP

Selepas Regé, Chris Hemsworth menduduki tempat kedua dengan 93.53 peratus dan Michael B. Jordan pula di tempat ketiga dengan 93.46 peratus, manakala penyanyi, Harry Styles berada di tempat keempat dengan 92.30 peratus.

Menurut laporan Wion News, senarai berkenaan disusun oleh pakar bedah kosmetik muka, Harley Street Dr Julian De Silva, yang menggunakan teknik pemetaan berkomputer.

“Teknik pemetaan berkomputer serba baharu ini membolehkan kami menyelesaikan beberapa misteri tentang apa yang menjadikan seseorang cantik secara fizikal, malah teknologi ini juga berguna semasa merancang pembedahan pesakit,” kata De Silva tentang kajian baru itu dan bagaimana ia berlaku.

Menurut De Silva, Regé menang kerana wajahnya yang cantik dan mata coklatnya yang menawan. Dia telah mendapat markah paling tinggi untuk jarak mata dan kedudukan matanya.

“Bibirnya yang berbentuk sempurna juga mendapat markah yang tinggi dan satu-satunya tanda yang dia dapat sedikit rendah ialah untuk lebar dan panjang hidungnya,” jelas De Silva lagi.

Sumber: Wion News

The post Pelakon Bridgerton, Regé-Jean Page Lelaki Paling “Handsome” Di Dunia – Kajian appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*