Pelakon Jurassic Park, Sam Neill Dedah Hidap Kanser Darah Tahap Tiga

Sam Neill Kanser Darah

Pelakon Jurassic Park, Sam Neill Dedah Hidap Kanser Darah Tahap Tiga

AMERIKA SYARIKAT — Pelakon filem Jurassic Park dan Peaky Blinders, Sam Neill, mendedahkan dirinya menghidap kanser darah tahap tiga sejak 2022, lapor AFP.

Neil, 75, mendedahkan perkara itu dalam sebuah memoir nukilannya yang berjudul Did I Ever Tell You This? Buku tersebut bakal dilancarkan pada minggu hadapan.

Dalam penulisan itu, dia menceritakan penyakit yang sedang dialaminya dan bergelut dengan kerjayanya dalam bidang lakonan selama hampir 50 tahun.

“Disebabkan tidak dapat berkerja, menulis memberikan saya sebab untuk meneruskan kehidupan,” katanya.

Maklumnya, penyakit itu mula disedarinya selepas dia mempunyai kelenjar berketul pada leher sewaktu membuat lawatan bagi Jurassic World Dominion tahun lalu.

Sam Neill Kanser Darah
Gambar: Ander Gillenea / AFP / Files

Susulan itu, Neill telah berjumpa dengan doktor untuk membuat pemeriksaan. Hasil pemeriksaan, doktor telah mengesahkan tentang penyakit yang sedang dialaminya.

Difahamkan, dia terpaksa menjalani kimoterapi sepanjang hayat akibat kanser berkenaan.

Bagaimanapun, Neill menafikan bahawa dirinya menghidap limfoma Hodgkin sebaliknya menjelaskan ia adalah sejenis kanser yang berkembang dalam sistem limfa (rangkaian saluran dan kelenjar luar di dalam badan).

Mula Berkarya Sebagai Penulis

Tambah Neill, pada awalnya dia hanya terfikir untuk menulis beberapa cerita sahaja. Bagaimanapun, dia mendapati ia semakin mengasyikkan.

Tidak mengambil waktu yang lama, hanya setahun kemudian Neill mula mencipta nama dalam dunia baharu sebagai penulis.

BACA JUGA: (Video) “Hanya Allah Tahu Apa Yang Saya Rasa,” Aaron Aziz Dedah Hidap Tumor Yang Makin Membesar

“Saya fikir perlu buat suatu perkara baharu. Saya terfikir  adakah saya akan mula berkarya. Setahun kemudian, saya berjaya menerbitkan karya sendiri dalam masa yang singkat.

“Saya bersyukur setiap hari dan sangat berterima kasih untuk semua rakan-rakan saya. Hanya gembira untuk hidup,” katanya.

Sam Neill Kanser Darah
Gambar: AFP

Dalam buku berkenaan menjelaskan dirinya mula mengalami keguguran rambut selepas menjalani kemoterapi pertama.

Dia kini sedang berlakon dalam sebuah rancangan televisyen dari adaptasi buku novel Apples Never Fall yang difilemkan di negara Australia.

Selain berlakon dan menulis, Neill juga mengusahakan ladang anggur di wilayah Otago Tengah, Pulau Selatan New Zealand sebagai persediaan sekiranya tidak lagi terlibat dalam bidang lakonan.

Nama pelakon kelahiran New Zealand itu semakin dikenali selepas membintangi filem blockbuster Jurassic Park (1993) sebagai Dr Alan Grant.

Untuk makluman Sam Neil telah terlibat dalam lebih daripada 70 filem termasuk The Hunt for Red October, The Piano, dan Peaky Blinders TV. Dia pernah berganding bersama Meryl Streep, Cate Blanchett dan Jeff Goldblum.

Sumber: AFP, BBC News

The post Pelakon Jurassic Park, Sam Neill Dedah Hidap Kanser Darah Tahap Tiga appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*