Connect with us

Global

Pelombong Jadi Jutawan Selepas Jumpa ‘Batu Permata Terbesar’, Niat Mahu Bina Sekolah & Pusat Beli-Belah

Published

on

Seorang lelaki dari daerah Simanjiro di Manyara, telah menemukan dua batu permata yang paling jarang ditemui di dunia. Kedua-dua batu itu telah ditemui di satu lokasi dan selepas digabungkan kedua-dua batu permata berkenaan beratnya mencecah 15kg.

Menurut BBC, batu permata Tanzanite merupakan yang terbesar ditemui di negara itu. Tanzanite hanya terdapat di utara Tanzania dan ianya digunakan untuk membuat perhiasan

Selepas lelaki ini menemukan kedua batu permata berkenaan, dia telah menjualnya dan memperolehi £2.4 juta dari Kementerian Perlombongan negara itu untuk nilai batu permata ini.

Tidak hanya itu, lelaki ini juga ingin berkongsi duit yang diperolehinya dengan menyatakan hasrat untuk memberikan manfaat kepada penduduk di daerah tempat tinggalnya.

Lelaki ini telah merancang untuk membina satu pusat beli belah dan sebuah sekolah berhampiran rumahnya. Ini kerana, dia melihat banyak orang miskin di tempatnya yang tidak mampu untuk menghantar anak mereka ke sekolah.

Tambahnya lagi, kekayaan yang dimilik tidak akan mengubah hidupnya sama sekali. Lelaki ini akan terus mengusahakan 2,000 ekor lembu miliknya.

Secara teknikal, permata itu diberi nama sebagai biru zoisit. Namun, ia telah ditukar menjadi Tanzanite oleh Tiffany dari New York.

Sumber: www.dailystar.co.uk

Advertisement

Tags

Archives

Trending