Serang Nelayan & Mengamuk Dalam Keadaan Bogel, Lelaki Australia Berdepan Hukuman Sebat

lelaki australia hukuman sebat

Serang Nelayan & Mengamuk Dalam Keadaan Bogel, Lelaki Australia Berdepan Hukuman Sebat

Seorang lelaki Australia ditahan di Aceh, Indonesia atas dakwaan mengamuk dalam keadaan bogel dan bertindak ganas kepada nelayan tempatan.

Memetik laporan CNN, pihak berkuasa mengatakan lelaki berusia 23 tahun itu kemungkinan berdepan hukuman penjara dan sebatan.

Lelaki yang berasal dari Noosa di selatan Queensland dipercayai menyerang dan mencederakan seorang nelayan tempatan ketika mabuk.

Kredit Daily Mail

Pada hari perbicaraan, suspek dilihat memakai sut penjara jingga, bergari dan balaclava hitam diiringi polis ke sidang akhbar Jumaat lepas.

Dia menundukkan kepalanya sementara pegawai polis membentangkan dakwaan terhadapnya.

Siasatan awal mendapati, dia telah tinggal di sebuah resort tempatan semasa dalam perjalanan meluncur ke Pulau Simeulue pada 27 April lalu.

Suspek kemudiannya mengamuk dan bertindak ganas dengan melanggar pengawal resort sebelum mengejar serta menyerang penduduk berhampiran.

“Menurut orang ramai yang hadir di tempat kejadian, (dia) keluar dari biliknya dalam keadaan berbogel, menjerit dan menyebabkan kekecohan,” kata Ketua Polis Simuelue AKBP Jatmiko.

Serangan itu menyebabkan seorang nelayan tempatan terjatuh dari motosikalnya dan mengalami kecederaan kaki serius yang memerlukan 50 jahitan.

Suspek kini dikenakan hukuman tertakluk kepada Perkara 351 (1) (2) yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun, menurut Jatmiko.

BACA: Lelaki Bogel Terperangkap Celah Batu Diselamatkan, “Blur” Tak Tahu Macam Mana Boleh Sampai Situ

Suspek mempunyai pilihan dalam hukuman

Dalam masa yang sama, polis berkata lelaki itu akan didakwa kerana meminum alkohol yang dilarang di Aceh dan boleh dihukum oleh undang-undang.

Ketua polis berkata lelaki itu akan mempunyai pilihan sama ada untuk didakwa mengikut undang-undang syariah atau undang-undang wilayah.

Sekiranya didapati bersalah di bawah undang-undang syariah, dia akan berdepan kemungkinan 40 sebatan dan penjara sehingga dua tahun setengah.

Pun begitu, jika dia didapati bersalah di bawah undang-undang wilayah, dia berdepan kemungkinan penjara sehingga lima tahun.

Pihak keluarga mohon maaf

Sementara itu, keluarganya dalam satu kenyataan pada 30 April mengatakan dia malu dengan kelakuan anaknya.

Keluarganya turut meminta maaf kepada rakyat Indonesia kerana tidak menghormati budaya dan undang-undang mereka.

Terletak di Pulau Sumatera Indonesia, Aceh mempunyai status autonomi khas.

Ia adalah satu-satunya wilayah Indonesia yang mengamalkan undang-undang syariah secara rasmi, yang dikuatkuasakan oleh pegawai polis agama.

Aceh turut mengharamkan perkara terlarang dilakukan seperti homoseksual, perzinaan, arak dan perjudian.

Sumber: CNN

The post Serang Nelayan & Mengamuk Dalam Keadaan Bogel, Lelaki Australia Berdepan Hukuman Sebat appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*