Pemain ini berupaya menggugat gawang JDT

PASUKAN Selangor FC mampu mencipta kejutan pada perlawanan akhir Piala FA 2024 menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Anggerik, Najwan Halimi berkata, beliau menjangkakan Selangor mampu mencetak kemenangan 2-0 menentang pasukan JDT.

Menurutnya, kemasukan Faisal Halim semestinya akan memberikan nilai tambah serta meningkatkan semangat pemain memberikan saingan.

Personaliti beliau sebagai seorang yang tenang dan licik di atas padang berupaya menggugat gawang JDT.

“Pemain Selangor FC berupaya membuat kejutan dan akan bermain dengan sepenuh daya sebagai satu pasukan untuk melakar kejayaan pada aksi final nanti,” katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Beliau yang juga Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Selangor berkata, kerajaan negeri sentiasa konsisten mendukung dan membantu pasukan Selangor FC untuk memburu kejuaraan musim ini.

sumber: SH

Pada masa sama, beliau menasihati para penyokong untuk bertenang dan saling menghormati dengan meraikan perlawanan ini dengan penuh semangat kesukanan.