Pembantu Rumah Dilapor Curi Kad Bank Majikan, Keluarkan Wang Tunai Lebih RM47,000

Pembantu Rumah Dilapor Curi Kad Bank Majikan, Keluarkan Wang Tunai Lebih RM47,000

Seorang pembantu rumah warga Indonesia didakwa atas kesalahan mencuri kad pengeluaran wang automatik (ATM) milik majikannya di Singapura.

Laman berita CNA melaporkan, tertuduh dikatakan menghantar kad ATM tersebut kepada rakannya melalui penghantaran kurier dan mengarahkan rakannya untuk mengeluarkan sebanyak 14,350 dolar Singapura (RM47,176) daripada akaun simpanan mangsa.

Tertuduh yang berusia 29 tahun itu didapati bersalah dan dijatuhi hukuman penjara enam bulan pada Rabu, 28 Disember lalu.

Dalam pada itu, tertuduh juga mengaku bersalah atas satu pertuduhan bersubahat mencuri, dengan tiga pertuduhan lagi diambil kira.

Menurut kenyataan tertuduh kepada Mahkamah Singapura, tertuduh bekerja untuk seorang wanita berusia 75 tahun yang tinggal bersama suaminya.

Dia mula bekerja sebagai pembantu rumah pada Oktober 2021 dan diberi gaji sebanyak 635 dolar Singapura (RM2,084) sebulan.

Mengikut keterangan dari tertuduh sendiri, mangsa dan keluarganya melayan tertuduh dengan baik, kata mahkamah.

Pada September 2022, tertuduh mendapat tahu bahawa mangsa menyimpan kad bank di dalam beg tangannya, lapor CNA.

Mangsa juga turut menyimpan buku nota yang mengandungi kata laluan kad bank di dalam begnya.

Kemudian, semasa membersihkan rumah, tertuduh telah mencuri kad ATM milik mangsa sebelum menghantar kad bank tersebut kepada rakannya melalui penghantaran kurier.

Tertuduh telah menghasut rakannya untuk mengeluarkan sebanyak RM47,176 daripada akaun simpanan mangsa. Tiada wang yang diperoleh dan tiada pengembalian dibuat selepas itu.

Pada Oktober 2022, mangsa membuat laporan polis mengatakan terdapat empat pengeluaran tanpa kebenaran daripada akaun simpanan miliknya berjumlah 3,000 dolar Singapura (RM9,850).

Tertuduh telah melakukan kesalahan ini pada Oktober 2022 dalam pertuduhan yang diambil kira.

Difahamkan bahawa rakan tertuduh telah diberikan nasihat dan tiada tindakan lanjut diambil terhadapnya, lapor CNA.

Mahkamah memaklumkan hukuman bagi kecurian ialah penjara sehingga tiga tahun, denda atau kedua-duanya sekali sekiranya disabitkan bersalah atas kesemua dakwaan.

Sumber: CNA

The post Pembantu Rumah Dilapor Curi Kad Bank Majikan, Keluarkan Wang Tunai Lebih RM47,000 appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*