Peminat BLACKPINK Mula Penuhi Bukit Jalil Seawal Jam 10 Pagi, Teruja Nak Layan Konsert Malam Ini

blackpink bukit jalil

Peminat BLACKPINK Mula Penuhi Bukit Jalil Seawal Jam 10 Pagi, Teruja Nak Layan Konsert Malam Ini

Orang ramai dilaporkan mula berpusu-pusu memenuhi perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil sejak jam 10 pagi tadi demi menunggu pembukaan pintu masuk bersempena konsert Blackpink malam ini.

Bagi meraikan puluhan ribu peminat kumpulan berkenaan, persiapan konsert jelajah dunia ‘Born Pink’ itu dikatakan telah dilakukan dengan terperinci. Persiapan itu dilakukan bagi memberikan kepuasan kepada penonton konsert pada malam ini.

Setakat tengah hari tadi, para peminat dilaporkan sudah dilihat mula beratur panjang sementara menunggu kebenaran dari pihak penganjur untuk memasuki Stadium.

Baca: Terkenal Sebagai Kampung Jungkook & Jimin BTS, Rupanya Ini Yang Buat Ramai Tak Senang Duduk Bila Sebut Busan

Lebih mengujakan, peminat yang datang awal teruja kerana disajikan dengan ‘soundcheck’ persembahan menjelang persembahan konsert pada malam ini.

Selain itu, peminat juga berpeluang untuk menikmati dan membeli ‘merchandise’ Blackpink. Ianya dijual di stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Bukit Jalil.

Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menerusi kemas kini di Twitter miliknya turut menasihati para peminat untuk menggunakan pengangkutan awam. Ia bertujuan untuk mengelakkan kesesakan trafik di sekitar laluan lokasi konsert.

Terdahulu, Rapid KL mengumumkan waktu operasi bagi stesen LRT Bukit Jalil telah dilanjutkan sehingga pukul 1 pagi, 5 Mac.

Buat pengetahuan semua, ini merupakan konsert kedua kumpulan Blackpink di Malaysia. Konsert yang pertama telah diadakan pada tahun 2019 menerusi konsert yang dinamakan sebagai Blackpink World Tour: In Your Area.

Konsert jelajah dunia ‘Born Pink’ akan berlangsung pada jam 8 malam ini dengan jangkaan seramai lebih 62,000 penonton bakal membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil.

Kumpulan Blackpink dianggotai oleh empat ahli kumpulan wanita yang bernama Jenni, Lisa, Jisoo serta Jennie.

Terdahulu, Siakap Keli ada melaporkan bahawa keadaan hujan berterusan di Malaysia telah mencetuskan kegusaran dalam kalangan BLINK (nama kumpulan peminat BLACKPINK). Kegusaran itu adalah berkenaan situasi konsert pada malam ini sekiranya hujan lebat terjadi.

Rata-rata terpaksa menerima hakikat mereka mungkin perlu menikmati konsert berkenaan dalam keadaan basah lencun. Sekiranya hujan turun lebat ketika konsert berlangsung.

Sumber: Astro Awani

The post Peminat BLACKPINK Mula Penuhi Bukit Jalil Seawal Jam 10 Pagi, Teruja Nak Layan Konsert Malam Ini appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*