Peminat masih nak dengar Rembau Most Wanted, Gadis Jolobu – Waris

KUALA LUMPUR: Penyanyi rap terkenal, Muzzammil Alias atau Waris, 34, bersyukur apabila peminat terus memberikan sokongan terhadap dua lagu yang menaikkan namanya, sedekad lalu iaitu Rembau Most Wanted dan Gadis Jolobu.

Kata anak kelahiran Rembau, Negeri Sembilan itu, meskipun sudah lebih sedekad diterbitkan, dua lagu tersebut masih menerima permintaan yang tinggi untuk dipersembahkan.

“Alhamdulillah, rezeki menerusi lagu tersebut masih saya terima sehingga hari ini. Benar kata orang, rezeki tidak salah alamat.

“Saya belum terfikir untuk buat lagu baru kerana setiap kali persembahan, peminat tetap mahu dengar dua lagu itu.

“Buat masa ini, saya ada hasilkan (lagu). Tetapi, sekadar untuk seronok-seronok,” katanya ketika ditemui pada Malam Gala Didi & Friends The Movie, baru-baru ini.

Kata Waris, buat masa ini, dia mahu tumpukan kepada kerja di belakang tabir, termasuk menghasilkan lagu untuk penyanyi rap yang sedang mencari peluang mencipta nama dalam industri seni.

“Tidak adil kalau saya buat lagu untuk diri sendiri sahaja, kalau boleh saya mahu melihat orang lain naik juga.

“Saya ada juga bertanya-tanya di TikTok untuk mencari mana-mana penyanyi rap yang sudi membawakan lagu saya. Saya beri secara percuma.

“Syaratnya penyanyi tersebut mesti betul-betul ‘gempak’ kerana saya tidak mahu tersalah pilih. Kita ada ramai penyanyi rap, insya-Allah akan ada bakat baharu muncul nanti,” katanya lagi.

The post Peminat masih nak dengar Rembau Most Wanted, Gadis Jolobu – Waris appeared first on Utusan Malaysia.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*