Peminta sedekah rompak warga Myanmar dipenjara tujuh tahun, satu sebatan 

KUALA TERENGGANU: Seorang peminta sedekah dihukum penjara tujuh tahun dan satu sebatan atas kesalahan merompak seorang lelaki warga Myanmar, dua tahun lalu.

Keputusan itu dibuat Hakim Nooriah Osman selepas tertuduh, Mohd. Fairuz Embong, 41, didapati bersalah sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa merompak wang tunai RM518, kad pengeluaran bank (ATM) dan kad Agensi Pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR) milik mangsa.

Kesalahan itu dilakukan Mohd. Fairuz terhadap mangsa berusia 44 tahun itu di tepi jalan di Kampung Tok Jiring, Kuala Nerus, kira-kira pukul 6.20 petang pada 11 Mei 2021.

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan (KK) yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.

Mahkamah kemudian mengarahkan tertuduh menjalani hukuman penjara bermula tarikh ditangkap iaitu 14 Mei 2021.

Prosiding pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Hanis Nabihah Hizamul-Din manakala tertuduh diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan. – UTUSAN

.

The post Peminta sedekah rompak warga Myanmar dipenjara tujuh tahun, satu sebatan  appeared first on Utusan Malaysia.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*