Pemuda Maut Terkena Renjatan Elektrik, Mayat Ditemukan Sedang Pegang Telefon Bimbit

Pemuda Maut Terkena Renjatan Elektrik

Pemuda Maut Terkena Renjatan Elektrik, Mayat Ditemukan Sedang Pegang Telefon Bimbit

Seorang pemuda Thailand ditemukan maut sambil memegang telefon bimbit yang sedang dicas di dalam biliknya di Bangkok pagi tadi, lapor The Thaiger.

Menurut polis, mangsa disahkan mati kerana terkena renjatan elektrik.

Perkara itu dimaklumkan kepada pegawai di Balai Polis Rat Burana pada jam 8 pagi tadi. Kejadian itu didakwa berlaku di sebuah bilik sewa di mukim Bang Mod, daerah Thung Khru.

Pasukan polis dan doktor dari Hospital Siriraj Bangkok serta pasukan penyelamat dari Yayasan Por Tek Thung telah dikerahkan ke lokasi kejadian bagi menyiasat.

Mayat itu dilaporkan ditemui di dalam bilik kedua daripada 10 bilik yang berada di bangunan konkrit dua tingkat tersebut. Mayat lelaki berusia 28 tahun yang bekerja sebagai pengimpal itu difahamkan ditemui dalam keadaan terbaring mengiring.

Mangsa ditemui dalam keadaan darah menitik dari mulutnya manakala tangan kanan mangsa mengalami melecur

BACA: Cas “Phone” Sambil Tidur, Lelaki Ditemui Maut Terkena Renjatan Elektrik

Tangan kanan mangsa juga didakwa sedang menggenggam telefon bimbit yang dipasang pada pengecas. Pengecas telefon juga dipasang pada kabel sambungan yang diletakkan pada dinding bilik sewanya itu.

Polis mendapati kabel sambungan telah putus dan beberapa bahagian logam juga hilang. Mangsa telah menggunakan sambungan itu dengan menolak wayar dan memasangnya terus ke soket utama bekalan elektrik rumah.

Polis percaya bahawa kabel sambungan yang rosak telah mengakibatkan litar pintas lalu menyebabkan mangsa terkena renjatan elektrik.

Abang mangsa memberitahu polis bahawa ketika dia mengetuk pintu bilik mangsa pada pukul 8 malam semalam, tiada sebarang respon diterimanya.

Abangnya menyangka bahawa adiknya itu mungkin tiada di biliknya. Selepas selesai makan, dia terus kembali bekerja dan pulang pada jam 2 pagi. Dia mengetuk sekali lagi pintu bilik mangsa namun masih tiada jawapan.

Menjelang 6 pagi, abang mangsa sekali lagi mengetuk bilik tersebut namun masih tiada jawapan. Jadi dia memutuskan untuk membuka pintu bilik tersebut secara paksa.

Ketika dibuka, dia mendapati bahawa adiknya yang sudah tidak bernyawa terbaring di atas katil.

Mayat mangsa akan dihantar untuk bedah siasat menyeluruh di Institusi Perubatan Forensik bagi menentukan secara rasmi punca kematiannya.

Sumber: The Thaiger

The post Pemuda Maut Terkena Renjatan Elektrik, Mayat Ditemukan Sedang Pegang Telefon Bimbit appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*