Pemuda ‘pecah tembelang’ edar ketum di kedai makanan

BALIK PULAU – Kegiatan licik seorang pemuda yang disyaki terlibat dalam kegiatan pengedaran air ketum atau lebih dikenali sebagai cakoroi terbongkar apabila dia ditahan di sebuah kedai makanan di Bayan Lepas, di sini semalam.

Menurut kenyataan Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya, penahanan lelaki berusia 43 tahun itu dilakukan bersama rampasan 37.5 liter air ketum yang sudah siap diproses.

“Pihak polis telah membuat intipan dan risikan sejak seminggu lalu sebelum menyerbu premis dan menahan suspek lelaki tersebut.

“Serbuan ini dijalankan menerusi Op Tapis selepas pihak polis mendapati terdapat kegiatan pengedaran dan penjualan air ketum di kedai makan tersebut sejak beberapa minggu lalu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kenyataan itu memaklumkan, semasa serbuan dijalankan suspek sedang menjual air ketum di premis tersebut.

“Pihak polis merampas sebuah tong yang di dalamnya terdapat enam bungkusan plastik hitam.

“Di dalam setiap plastik itu terdapat 25 bungkusan plastik air ketum. Keseluruhan air ketum dirampas adalah 150 bungkus anggaran 37.5 liter bernilai lebih RM1,000,” katanya.

Kenyataan itu berkata lagi, suspek kini direman selama empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.

Dalam perkembangan lain, polis daerah Barat Daya turut menahan seorang lelaki berusia 29 tahun dan seorang wanita berumur 41 tahun selepas dipercauai bertindak sebagai ‘keldai akaun’.

“Mereka disyaki terlibat dalam sindiket urusan tawaran pinjaman wang yang tidak wujud dan penyamaran sebagai pegawai polis serta pegawai Bank Negara melalui dalam talian bagi sindiket Macau scam,” jelasnya.

“Suspek lelaki ditahan di Kelantan manakala suspek wanita ditangkap di negeri ini. Siasatan awal mendapati, suspek terlibat dalam kes penipuan yang dilaporkan pada tahun 2021 dan jumlah kerugian yang dialami mangsa adalah RM1,400 sehingga RM20,950.

“Kedua-dua suspek yang ditahan pada Selasa lalu kini direman selama empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” tambahnya. -KOSMO! ONLINE

The post Pemuda ‘pecah tembelang’ edar ketum di kedai makanan appeared first on Kosmo Digital.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*