Penduduk kampung bakar hidup-hidup tiga penculik

Tiga lelaki yang menculik dan membunuh seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun telah diheret keluar dari balai polis Guatemala oleh penduduk kampung sebelum dibakar hidup-hidup, lapor portal berita MailOnline semalam.

Ovidio Mendez, 24, Selvin Perez, 24, dan Samuel Godinez, 38, terbunuh pada Isnin lalu di bandar Colonango.

Suspek telah menculik Freddy Mendez pada 12 Ogos lalu dan meminta wang tebusan berjumlah AS$19,500 (RM87,116) sebagai pertukaran untuk pembebasannya, demikian menurut Polis Guatemala.

Polis percaya penculik menyasarkan budak itu kerana bapanya yang kini menetap di Amerika Syarikat sering menghantar wang ke kampung untuk simpanan bagi membina rumah baharu.

Sebagai bukti bahawa Freddy masih hidup, penculik menghantar gambar kepada keluarganya yang memaparkan salah seorang suspek memegang senapang patah dengan kanak-kanak itu berada di sisinya.

Keluarga itu meneruskan pembayaran wang tebusan tetapi mangsa tidak pernah dikembalikan.

Penduduk yang marah bertindak menangkap ketiga-tiga suspek pada Isnin lalu dan menyerahkan mereka kepada pihak berkuasa tempatan.

Kumpulan penduduk itu menyerbu balai, mengalahkan polis dan membawa salah seorang suspek secara paksa ke kawasan hutan.

Mereka memukul, menyiram petrol ke atas badan dan membakar suspek tersebut selepas dia mengesahkan bahawa mangsa mati akibat terkena tembakan di kepala dan ditanam di dalam lubang.

Dalam menuntut keadilan dengan cara mereka sendiri, penduduk kampung kembali ke balai dan mengheret keluar dua suspek lain dan mengulangi hukuman itu sekali lagi.

Mereka turut membakar rumah salah seorang suspek. Mayat mangsa ditemui pada Rabu lalu, demikian menurut media tempatan. – Agensi

BACA: Enggan Gugurkan Kandungan, Wanita Dibakar Suami Meninggal Dunia Selepas Kritikal 11 Hari

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*