Penduduk Turun Padang Bersihkan Pantai Terburuk & Terkotor Di Indonesia

penduduk pantai pandeglang

Penduduk Turun Padang Bersihkan Pantai Terburuk & Terkotor Di Indonesia

Baru-baru ini tular di media sosial berkenaan pantai di daerah Pandeglang di Indonesia yang disifatkan sebagai pantai terburuk dan terkotor kerana dipenuhi dengan sampah di sekitarnya.

Video tersebut dimuat naik oleh seorang pempengaruh @pandawaragroup di TikTok di mana kumpulan tersebut meminta pertolongan penduduk untuk hadir membersihkan pantai berkenaan.

Kredit: @pandawaragroup/TikTok

“Kami pandawaragroup meminta tolong kepada semua pihak yang ada di wilayah Banten dan kawasan lainnya untuk turut serta membersihkan pantai yang ada di Teluk, mukim Labuan, daerah Pandeglang pada tanggal 22 hingga 23 Mei ini.

Rakaman klip yang berdurasi satu minit tiga saat itu meraih perhatian ramai dan mendapat jumlah tontonan sebanyak 28.5 juta setakat artikel ini ditulis.

BACA: Kasut Berisi Kaki Manusia Ditemui Di Pantai New Zealand

Masyarakat turun padang, bersihkan pantai

Video itu mendapat sambutan hangat dalam kalangan umum susulan ramai yang bertindak turun padang membantu membersihkan pantai yang kotor tersebut.

Klip itu kemudiannya dikongsi oleh @Heraloebss di Twitter, menunjukkan bahawa masyarakat di situ hadir membantu mengutip sampah.

Dalam rakaman tersebut, ramai dilihat berganding bahu membersihkan persekitaran pantai kotor yang dipenuhi dengan sampah sarap.

Orang awam yang terdiri daripada pelajar, mahasiswa dan mahasiswi, pekerja kerajaan dan sebagainya memegang plastik mengutip sampah di hadapan mereka.

Mereka turut menggunakan alatan seperti cangkul untuk mengorek dan mengaut sampah yang melekat di pasir.

Tidak hanya itu, jentolak juga digunakan oleh kumpulan tersebut memandangkan hamparan sampah yang keterlaluan tersebut memerlukan ‘tenaga’ mesin untuk dialihkan.

Walau bagaimanapun, sampah yang tersedia ada itu dikatakan tidak boleh diselesaikan dalam masa dua hari.

Oleh hal yang demikian, kumpulan tersebut mahu kerajaan untuk mengambil tindakan selanjutnya terhadap pantai berkenaan.

Sungguhpun begitu, dengan kerjasama yang ditunjukkan oleh penduduk di kawasan tersebut, ia menunjukkan bahawa masyarakat sedar dan peka dengan keadaan sekeliling.

Pantai diselubungi sampah

Kredit: @pandawaragroup/TikTok

Keadaan pantai itu sangat mengerikan sehingga pelancong yang datang tidak dapat menikmati pemandangan sepenuhnya kerana sampah hampir menutupi permukaan pasir.

Pelbagai jenis hamparan yang ada di pantai termasuk dengan sisa plastik, makanan dan lain-lain.

Rata-rata ramai yang meninggalkan komen terutamanya mereka yang tinggal di kawasan tersebut.

“Wah, malunya saya sebagai warga Baten,” kata warganet memetik Suara.com.

“Bukan setakat pantai kotor, jalan rosak, perkhidmatan awam teruk, kasihan rakyat Pandeglang,” tambah yang lain.

“Pantai yang biasanya terlihat indah, sejuk, selesa dan nyaman kini benar-benar kotor, sedihnya,” kata warga maya.

Sumber: @Heraloebss/Twitter

BACA: Nak Tambah ‘Followers’ Punya Pasal, Trend Kongsi Tips Pelik Di Media Sosial Makin Menjadi-jadi?

The post Penduduk Turun Padang Bersihkan Pantai Terburuk & Terkotor Di Indonesia appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*